Monday, March 9, 2009

~TiTisaN AiR MaTA~

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Namun setiap titisan air mata yang gugur membawa makna yang berbeza-beza bagi setiap insan. Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa.

Sabda Rasulullah SAW: 'Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmatai. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar balasan kecuali air mata. Sesungguhnya airmata dapata memadamkan lautan api neraka.'

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok program hiburan serta menangis hingga meratap dan merobek pakaian apabila ada kematian.


Jadi menangisnya anda kerana apa???....
menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
menangis kerana rasa takut
menangis kerana cinta
menangis kerana gembira
menangis kerana menghadapai penderitaan
menangis kerana terlalu sedih
menangis kerana terasa hina dan lemah
menangis untuk tagih simpati
menangis kerana terikut-ikut orang lain menangis
menangis orang munafik (pura-pura menangis)

Serulah air mata dari tempat persembunyiannya, agar ia menitis, membasahi serta menyucikan hati. Semoga ia mampu menenangkan jiwa serta membawa kita dekat dengan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.

Sunday, March 8, 2009

aku..dia..dan kamu..

Hari ni secara rasminye aku ada blog ku sendiri.. Apakah tujuan blog ini dilahirkan...aku sendiri tak pasti lagi...

MUNGKIN KERANA DIRI KU SENDIRI...MUNGKIN JUGA KERANA DIA...MUNGKIN JUGA KERANA KAMU..INSAN2 YANG MEMBACA DAN MELIHAT BLOG INI SECARA TIDAK SENGAJA...

Previous Post Back to Top