Sunday, April 24, 2011

Padamnya sebuah api kemarahan...

Entry kali ini, masih lagi berkisar tentang perjalanan hidupku sebagai seorang guru. Ingin aku kongsikan di sini bagaimana suasana yang aku lalui ketika mengajar 'anak2' yang kedudukan kelasnya agak tercorot. Jumlah pelajar yang mencecah 30++ orang bukan la menjadi masalah buatku. Begitu juga dengan nisbah pelajar lelaki yang melebihi pelajar perempuan. Semuanya tidak menjadi isu yang besar bagi ku. Bagi aku semua pelajar adalah sama. Semua insan tercipta dan di cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Aku tekad untuk membantu mereka walaupun aku sedar mereka sudah jauh di belakang. Aku tidak mahu mereka terus tersisih, aku tidak mahu mereka terus di pandang rendah. Ya sungguh kuat keazaman ku, sungguh tinggi matlamat yang ingin ku gapai bersama mereka.
Namun semuanya tak semudah yang di sangka tak seindah yang di rancang. Aku kerap kali hilang arah tatkala cuba menguruskan mereka. Kenakalan mereka di luar jangkauan, bak kata pepatah 'out of box'. Kerap kali aku terkesima dengan tingkah laku mereka yang tak terduga. Mereka ibarat remaja yang terperangkap di alam kanak2. Kesabaran yang tinggi amatlah di perlukan.
Setapak aku melangkah ke kelas, mereka sudah tak tentu arah. Ada yang berlari, ada yang menjerit, ada yang berkejar-kejaran ada juga yang sedang menangis. Aku perlukan hampir 15 minit untuk pastikan mereka semua berada dalam kelas. Pintu kelas perlu di kunci agar pergerakan mereka sedikit terbatas. Aku menarik tangan seorang demi seorang agar duduk di tempat masing2. Keadaan susunan meja bertaburan, sampah di merata-rata, kerusi pula ada yang tertungging tertiarap. Pelajar aku arah kan untuk berdiri dan memberikan ucap selamat, bagi mengajar mereka erti hormat pada orang yang lebih tua. Sebelum semua pelajar di benarkan duduk, akan aku pastikan semuanya dalam berpakaian kemas. Pelajar lelaki aku periksa seorang demi seorang agar memasukan baju ke dalam seluar, biar kemas dan bersih. Sesi P&P acap kali terganggu dgn jerit pekik drpd mereka.. Bukan tidak di tegur, tetapi kesan nya tak lama.selepas 5 minit keadaan akan menjadi haru biru kembali.
Ada pelajar yang main baling2 sampah. Aku tidak paham apakah keseronokan yang mereka dapat dengan tindakan membaling sampah..Tiba2 sewaktu aku menulis di papan hitam, aku terasa ada sesuatu yang telah jatuh ke atas kepala aku...bila di toleh, salah satu balingan kertas telah t'sasar ke arah aku... ya tuhan...
Pernah satu ari, aku tercari2 pelajar yang slalu aku tarik telinga kerana nakal yang terlampau..pelik setiap kali aku paggil nama pelajar tersebut, kerusi aku akan bergerak. Kali kedua aku panggil pn kerusi aku bergerak lagi...bila aku toleh ke bawah kerusi, rupanya2 pelajar tersebut ada di belakang kerusi aku dlm keadaan mencangkung sambil cuba menarik kerusi aku sekali lagi.
Dengan riak muka yang slumber pelajar tersebut berkata..."ringan jugak kan cikgu ni"..

macam2 kerenah tak terduga yang telah dorang lakukan sepanjang aku mengajar..Kelas pernah basah dek kenakalan mereka..Meja kerusi patah dan terkulai layu sudah menjadi perkara biasa..Rasa marah dan geram tidak terkira banyaknya..aku kerap kali 'lost' dalam kenakalan mereka.. Namun ada satu yang ada pada mereka yang tiada pada pelajar kelas lain..Setiap kali tamat kelas, huluran salam dari wajah2 yang tidak pernah ada rasa bersalah telah membuatkan api amarahku gugur satu persatu. Keikhlasan huluran salam daripada mereka buat aku terus lupa apa saja yang telah mereka lakukan sepanjang aku berada dalam kelas.
Previous Post Next Post Back to Top