Friday, October 15, 2010

SABAR: BENARKAH ADA BATASAN??? AKU PERLUKAN SABAR TAHAP INFINITI



Aku rasakan macam baru semalam aku menamatkan pengajian ku di USM, baru seminggu menjadi pendidik baru sebulan menjadi warga yang bkerja. Tapi pada hakikatnya, lagi beberapa hari ja lagi maka genap la setahun aku menjadi warga pendidik di bumi Malaysia ni.

Apakah yang menariknya menjadi CIKGU??

Jawapan cliché yang slalu kita dengar “seronok dapat mendidik n berbakti kepada anak bangsa”… Masalahnye betul ke seronok?? Kalau seronok kenapa seringkali aku t’dengar bunyi rungutan serta keluhan daripada kebayakan guru tentang bebanan kerja yang mereka perlu di tangggung?? Kalau ikhlas ingin berbakti n mendidik, kenapa kerap kali aku t’dengar ada insan yang bgelar guru menolak kerja lebih masa, menarik muka tatkala nama tersenarai sebagai tenaga pengajar bagi kelas2 tambahan??

Sebenarnya bukan niat aku untuk mengata apatah lagi menunding jari kepada sesiapa, kerana aku sendiri pun tidak terkecuali dalam golongan yang sebegitu.. Kadang2 niat suci ku untuk mendidik, bertukar menjadi debu2 yang bertaburan di angkasa tatkala bebanan kerja mula menimbun, ditambah pula dengan kerenah ‘anak2’ yang tak diduga. Kerap kali aku bermuhasabah diri, cuba mencari semula jati diri aku sebagai pendidik yang kadang2 mula goyah. Aku cuba mengumpulkan semula kekuatan, menyucikan hati dan niat yang kian pudar dengan mencari apakah nilai utama yang perlu ku bawa n bekalkan supaya jiwa ku kental menghadapai sebarang kemungkinan yang tak di duga di sekolah agar niat yang baik dapat di teruskan.

Elemen yang paling penting utk aku bawa adalah SABAR. Itu lah bekalan yang perlu di bawa serta kunci bagi semua permasalahan hati dan jiwa yang berlaku dikalangan cikgu-cikgi masa kini. Tapi sejauh mana kita boleh bersabar??? Tepuk dada Tanya lah iman.

Ayuh kita tinjau situasi yang pernah berlaku terhadap aku sendiri bahkan mungkin cikgu-cikgi yang lain:

Loceng mula berbunyi seawal jam 7.30 pagi. Aku datang ke sekolah dengan semangat yang b’kobar2,hendak menurunkan semua ilmu yang ada kepada ‘anak2’ didik ku. Segala macam p’sediaan telah dibuat bukan 10 minit sebelumkelas bermula,tapi sehari semalam sebelum kelas bermula. Dengan beg yang berat di kiri dan kanan bahu,nota2 yang di ringkaskan khas, maker pen b’warna-warni, peralatan bantuan mengajar yang pjg, besar dan pendek suma nya di bw semata2 utk memudah2 kan ‘anak2’ dalam sesi P&P nnti.. Niat dibetulkan.. “aku betul2 nak mereka suma ni paham segala apa yang terkandung dalam tajuk ni”. So dengan segala persediaan maka aku pun mula la melangkah masuk ke dalam kelas.

Respon pelajar: langsung tidak mempedulikan kehadiran aku di situ. Tiada ucapan selamat pagi, bahkan boleh lagi bergurau senda, b’tepuk tampar di hadapan aku. Bukan la mintak dihormat seperti raja.Cukuplah sekadar mereka sedar aku ada di situ. Tapi takpela..SABAR..

Selepas kelas kembali tenang, aku pn memulakan mukhadimah pembelajaran dengan meminta pelajar mengeluarkan buku nota sebagai persediaan untuk menyalin perkara2 yang penting.

Respon pelajar: Cikgu sy tak mau belajar…Cikgu saya tak bawa buku..cikgu saya nk ke tandas…mood serta semngat aku yang berkobar2 tadi luntur sedikit…tp takpela…SABAR…

Aku menenangkan keadaan dan cuba sedaya upaya mengatasi kemalasan tahap gaban segelintir ‘anak2’ aku ni dengan memberikan mereka salinan nota agar dapat digariskan segala isi yang penting.

Respon pelajar: ada yang ambil dan conteng, ada yang ambil kemudian sambung tidur, dan ada yang tak nak ambil langsung..Tp takpela..SABAR..

Aku terus kan mengajar, sambil menyelitkan sedikit selingan bebelan ‘keramat’. Bukan niat untuk marah tapi sebagai teguran agar mereka tidak menyesal di kemudian hari. Walaupun kadang2 terasa seperti mengajar dinding2 kelas, tapi aku gagahi jua. Aku akn mengulangi semula apa yang di ajar, di tutur setiap kali mereka hilang focus..Kadang hampir berbelas kali..Tp takpela…SABAR…

Respon belajar: sebaik saja loceng berbunyi menandakan waktu telah tamat, kelihatan ada kertas nota yang di beri betaburan di bawah lantai., ada yang berbekas tapak kasut.. Tp takpela..SABAR…tiba2 sebelum aku melangkah keluar dari kelas, ada seorang pelajar merapati aku, “cikgu boleh tak ulang balik apa yang cikgu ajar tadi nnti.. arini saya tak larat..jadi saya tak dengar apa yang cikgu ajarkan”…Wajarkah aku bersabar lagi sekarang?????aku bersengkang mata mencari bahan untuk mereka, berhabis duit mebekalkan nota untuk memudahkan mereka, b’korban masa berhibur untuk diri sendiri semata2 untuk mereka..dan hasilnya, bukan ucapan terima kasih yang ku terima tetapi ‘sebuah penghargaan’ yang tak di duga..

Adakalanya aku mampu bersabar sehingga tamat sesi pesekolahan dengan senyuman dari hati yang ikhlas..Namun aku hanya insan biasa, Sabar ku bukan ditahap infiniti.. Kini bila hampir genap setahun aku menjadi cikgu cikgi, aku mengharapkan SABAR yang ada di dalam hati aku tiada batasan dan aku benar2 ingin memiliki SABAR yang ditahap infiniti….MoGa tuhan memakbulkan permintaan ku, serta mengental kan jiwa ku dalam mengharungi liku2 hidup sebagai seorang pendidik anak bangsa.


Previous Post Next Post Back to Top