Tuesday, May 19, 2009

Teacher

We may not always value what you strive to do each day

We may not listen to your words or care what you might say

One day,

We'll know that all you gave can take us very far

You opened up our minds to learn

And made us who we are


Kenapa aku memilih untuk menjadi seorang guru..??

Selepas beberapa purnama aku memikirkan kenapa dan mengapa jalan ini yang ku pilih.. Kini aku temui jawapan yang pasti.. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi guru juga merupakan pendidik kepada anak bangsa.. Besar rupanya tanggungjawab yang di pikul oleh ku.. Anak-anak didik ku memerlukan ku.. dambakan perhatian ku.. Biar pun adakalanya huluran tangan ku dipandang sepi, ajaran ku dibawa angin lalu serta kata-kata ku ibarat mencurah air di daun keladi. Namun itu semua tidak mampu mengoyahkan azam serta niat ku untuk membantu anak bangsa ku agar mereka mampu menjadi insan yang berguna dimasa hadapan.. Aku bahagia dengan jalan yang ku pilih sekarang, aku senang melayan telatah anak-anak didik ku, aku senang memberi sepenuh perhatianku kepada mereka.. Aku bangga menjadi sebahagian daripada hidup mereka.. Bukan emas apa ntah lagi intan permata yang ku pinta sebagai balasan.. Namun cukuplah sekadar mendengar dan melihat anak- anak didik ku berjaya dalam kehidupan mereka.

Previous Post Next Post Back to Top