Showing posts with label cikgi life. Show all posts
Showing posts with label cikgi life. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Jangan samakan kerjaya ku dengan kerjaya orang lain…

Aku seorang ‘GURU’. Aku tak punya pejabat sendiri walaupun status kerja ku sebagai seorang ‘pegawai’. Kerjaya ku di anggap lekeh kerana tempatnya adalah di sekolah . Suara serta tindak tanduk ku adakalanya di pertikai hanya kerana aku seorang guru.Tahukah mereka aku juga punya ijazah. Tahukah mereka aku juga punya kelayakan.

Kerjaya guru perlukan pengorbanan. Guru juga perlu terus kuat bertahan. Keikhlasan perlu bertunjang dihati, agar tugas dapat berjalan dengan lancar. Aku tak punya elaun tambahan utuk kerja lebih masa walaupun jerih keringat ku di perah hingga melebihi waktu yang sepatutnya. Kerja ku bukan sekadar mengajar, tetapi memantau kenakalan anak2 mereka. Tugas ku bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga memberi kasih sayang serta perhatian.

Jadi jangan samakan kerjaya ku dengan kerjaya org lain kerana hanya mereka yang melalui akan memahami apa yang di maksudkan dengan kerjaya seorang GURU.

GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Thursday, February 10, 2011

Tak KeNal Maka Tak CintA

Banyak cerita yang kurang enak aku dengar tentang ‘mereka’ sebelum ni. Pelbagai kerenah yang ‘mereka’ lakukan sehingga ada yang menitis air mata kerana ‘mereka’. Ada juga yang merajuk dan terasa hati dek kerana kenakalan ‘mereka’. Baik cikgu yang muda, mahu pun yang tua, komen mereka hampir sama.. ‘mereka’ susah di kawal, susah dibentuk.

Aku hanya melihat, mendengar dan membuat kesimpulan awal sendiri. ‘Syukur’ aku tidak ditakdirkan untuk ‘handle’ mereka. Tetapi hari tak selalu cerah, langit tak selalu berbintang, macam tu jugak la dengan takdir perjalanan hidupku. Aku telah ditugaskan untuk mengajar mereka untuk subjek yang berat dan agak kritikal. Dengan segala macam cerita yang aku dengar sebelum ni, aku mula cuak untuk memulakan tugas aku untuk mendidik mereka. Pelbagai pertanyaan bermain di benak fikiranku.

“adakah aku bakal menerima nasib yang sama seperti rakan setugas ku sebelum ni?”

“Boleh kah aku mendapat kerjasama yang baik daripada mereka?”

“Adakah mampu aku memikul tanggungjawab ni dengan berkesan?”

Namun jauh di sudut hati ku, telah ku tanamkan satu azam, ‘aku datang untuk membantu mereka’. Perjalanan hidup mereka masih jauh ‘aku perlu tarik mereka daripda terus hanyut’. Aku tak mahu mereka menyesal seperti mana aku pernah rasai dulu.

Jadi aku memulakan hari pertama ku di kelas ‘mereka’ dengan prinsip yang mudah, “Jikalau tidak mampu menjadi yang terbaik dalam akademik, cukuplah sekadar menjadi yang terbaik dalam tingkah laku dan tutur bicara”. Aku cuba buang jauh2 segala persespsi yang tidak baik tentang mereka sebelum ni. Tangan ku hulur dengan penuh keikhlasan, bersama harapan yang menggunung agar mereka berubah menjadi yang lebih baik.

Benar kata pepatah ‘tak kenal makan tak cinta’. Kini setelah hari silih berganti, kesungguhan yang dipamerkan oleh ‘mereka’ untuk berubah mebuatkan aku jatuh hati. Memang tidak dinafikan adakalanya kelas agak tidak terkawal, dengan kenakalan mereka, namun aku masih mampu terima semua itu dengan hati terbuka. Ya tuhan, “Sumpah hati ku tersentuh dengan kesungguhan mereka”. Mungkin ‘mereka’ bukan yang terbaik, tetapi ‘mereka’ telah cuba yang terbaik.

Tapi di saat hati ku sudah mula terpaut, perasaan sayang pun kian bercambah, jodoh kami pula tidak lama. Aku telah dipertanggungjawabkan utk mengajar kelas yang lain. Sedih untuk meninggalkan, kerana masih ada yang terperangkap dalam dunia ciptaan nya sendiri. Namun apa kan daya, tugasan ku terhenti sampai disaat ini sahaja.

Kepada ‘mereka’,terima kasih cikgu ucapkan atas segala kerjasama yang kamu semua telah berikan. Teruskan perjuangan, walaupun kita tidak lagi bersama, doa cikgu sentiasa mengiringi perjalanan hidup kamu. Buat insan yang masih lagi dalam lena, bangun lah, masih belum terlewat untuk perbaiki semuanya. Dan buat kamu insan yang terperangkap dlm ‘dunia’ ciptaan kamu sendiri, keluarlah dari dunia itu, mulakan idup baru.Susah untuk kamu melangkah di masa hadapan kalau kamu asyik leka dengan dunia mainan kamu sendiri..

Friday, May 21, 2010

~MY liFe as Cikgu-CIkGi~

SITUASI PERTAMA

Anak2 cikgu sekalian, inilah yang bakal terjadi sekiranya kamu menjadikan amalan merokok sebagai rutin kamu. Kapas yang bertukar menjadi hitam ni ibarat peparu kamu. So, kpd sesapa yang berkenaan, benti la merokok, syg kamu masih muda, rosakkan diri ngan menda tak elok ni.

Reaksi pelajar,

Pelajar 1: Cikgu , sy mmg tak isap rokok, baik tak sy??

Cikgu: Hmm bagus la klu camtu. Cikgu pesan tadi utk org yang isap je..

Pelajar 2: Cikgu, sumpah sy tak isap rokok.

Cikgu: Tersenyum sinis ngan pengakuan sumpah pelajarnya tanpa di minta.

Pelajar 2: Cikgu tak percaya sy ke? Sumpah cikgu sy dh benti masa sy f2 lagi sbb kantoi ngan mak sy.

Cikgu: Klu tak kantoi maknanya kamu masih isap lagi la skang?

Pelajar 2: Yang pasti nya sy dah benti skang. Sumpah ckgu sya dah tak isap rokok.

Pelajar 3 : Sy dah isap rokok sejak darjah 6 lagi cikgu. Ok ja saya sampai skang. Sihat je pun.

Pelajar 4 : Wow rokok!!...Cikgu wat demo lagi skali..best la tgk asap rokok.

Macam2 komen n kerenah drpd students aku bila aku demo kesan buruk merokok kepada dorang.

Selepas 2 mggu kejadian ini berlaku,

Pelajar 2: cikgu sy nak mintak maaf dengan cikgu.

Cikgu; kenapa? (penuh kehairanan)

Pelajar 2: Sy sumpah tak isap rokok ari tu. Tp semalam sy isap. Tp bukan rokok, syisya..

Cikgu: Beriya je bersumpah ari tu.. Lain kali jgn main2 ngan perkataan sumpah, tak baik.

Pelajar 2: Betul ckgu sy tak isap rokok. Semalam tu syisya.

Cikgu; Samala tu..lebih kurang je..

Pelajar 2: Owh kira sma erk cikgu..Sy mintak maaf cikgu.

Cikgu: hanya tersenyum

p/s: Anak2 cikgu, yang dah terjebak atau baru cuba2 berjinak ngan budaya merokok ni.. bhenti la kalau boleh. Coz klu dah tua baru niat nak berhenti, susah sgt sbb dah sebati dalam jiwa. Pendek kata tak payah la…


SITUASI KEDUA

Cikgu: Anak2 sekalian amik tempat masing2, ckgu nak mulakan kelas dah ni. Kutip sampah kiri, kanan, depan n blakang kamu.. Keluarkan buku math di atas meja. Buku subjek lain sila simpan di bawah meja. Today we will learn about new chapter, Ratio.

Pelajar 1 : Cikgu ckp la bahasa melayu.

Pelajar 2: Masih nyenyak tdo.

Pelajar 3: Cikgu, kita tak payah belejar la ari ni. Sy penat.

Cikgu: bukan ke kelmarin dah cakap tak nak blajar, so ari ni blajar la ckit..Ckit je.tak bnyk pun..bleh erk..kuarkan buku skang.. (dalam nada memujuk)

Pelajar 3: Ok, sy bljar ckit je ya cikgu. Jangan bagi soalan banyak2 kat sy. Minggu lps sy dah wat 5 soalan dah.

Cikgu: Memantau dari satu meja ke satu meja, bagi memastikan semua pelajar nya menyediakan buku math yang betul di atas meja. Untuk pengetahuan jumlah pelajar lebih kurang 33 org, maknanya cikgu berjalan dari satu meja ke satu meja sebnyak 33 kali. Selepas pelajar kelihatan bersedia cikgu memulakan sesi P&P. Anak2 sekalian, kita guna buku B tau…only book B…buku ape??

Pelajar: Buku B.

Cikgu pun menyalinkan sedikit nota di papan hitam utk disalin oleh pelajar.

Pelajar 4: Cikgu kena salin ke?

Cikgu: Ye syg, salin dalam buku B.

Cikgu memberi masa utk pelajar menyalin nota sebelum membuat penerangan.

Tiba2..

Pelajar 5: Cikgu, guna buku B ke??

Cikgu: Ye….salin cepat dalam buku B.. write in ur book B.. (menjawab dengan penuh kesabaran, masuk ni sbnrnya lebih dari 10 kali aku menjawab soalan yang sama.

Sesi P&P di jalankan dengan penuh bersungguh2, even terpaksa ulang perkara yang sama berulang2 kali. Masuk soalan yang ke 7.

Cikgu: Kamu tak paham ke? Kenapa tak cuba jawab n tutup buku, meh cikgu tunjukkan cmna nk wat.

Pelajar 3: Cikgu, sy dah salin 5 soalan tadi, sy wat sendiri semua. Cukupla untuk hari ni. Janji sy dah wat kan ckgu..

Cikgu: wat la ckit lagi.

Pelajar 3: Tak mau dah la cikgu, sy penat.

Cikgu: Ok la. Nanti bila rasa nk belajar, datang jumpa cikgu. Hope ari esk kamu lebih rajin.

Cikgu terpaksa membiarkan pelajar tersebut, kerana perlu melayan kerenah pelajar lain yang mahu belajar.

Begitulah sedikit rentetan rutin hidup sebagai Cikgi di sebuah sekolah. Hope Allah mengurniakan aku sejuta kesabaran dalam melayan n mendidik anak bangsa ku untuk berjaya. Kalau tak pandai, sekurang2nya jadi insan yang baik n disenangi ramai pun dah cukup..

Thursday, March 25, 2010

Tamat sudah sesi peperiksaan yang pertama...

Setelah berhempas pulas mengajar..tiba masanya kemahiran n kefahaman pelajar2 ku di uji dalam Ujian bulanan Mac. Pelbagai jenis gelagat yang dapat ku lihat di saat sesi ujian di jalankan.. Ada yang tidur, ada yang menyanyi, ada yang menjerit dan gelagat yang paling tip top dari satu generasi ke satu generasi 'Peniruan'..hehehe.. aku tak sangka dalam dunia semakin mengejar era kemodenan, pelajar semakin advance, minda semakin ke depan tapi amalan meniru masih lagi tak ketinggalan zaman. Bak kata pepatah tak lapuk dek ujan tak lekang dek panas.

Macam2 taktik yang aku nampak pelajar aku gunakan, ada yang guna jelingan mata yang tajam, leher yang jinjang, jari jemari yang bersilang dan macam2 lagi la. Suma semata2 untuk dapatkan jawapan. Mungkin pada pandangan mata dorang aku tak nampak apa yang mereka sedang lakukan..hehehhe.. Actually aku nampak dengan jelas setiap apa yang dorang lakukan. Saja ku biarkan. Bukannya apa, jawapan yang dorang tiru tu bukannye betul sangat.. haih budak2 ni, kalau ye pun nak tiru, biar la tiru yang berkualiti. Ini tak toleh kiri, toleh kanan, jeling depan jeling belakang, suma jawapan kawan tak boleh pakai..

Suatu ketika dulu aku pernah seperti mereka..dan dengan bangganya aku rasa cikgu tak nmpak apa yang aku n da geng tengah 'gigih' usahakan.. Bagi aku peniruan suatu kemestian, dengan memegang suatu prinsip ilmu perlu dikongsi bersama terutama ketika exam supaya markah yang diperolehi nanti agak memuaskan. Larangan cikgu aku biarkan. Masuk kiri keluar kanan.
Tapi sekarang baru aku sedar kenapa peniruan dalam exam itu dilarang. 'Buat ape dapat markah yang memuaskan, sedangkan bukan dari hasil titik peluh sendiri?', 'Orang yang ditiru semakin pandai dan ke depan, sedangkan yang meniru tidak maju ke mana pun bahkan semakin ke belakang dan ketinggalan', 'buat apa dapat nama atas hasil usaha org lain yang bertungkus lumus study?' Dia dapat ilmu kita semakin dungu....huhuhu...tu yang berlaku pada aku dulu. Mujur aku sedar sebelum terlambat, kejayaan adalah lebih bermakna jika hasil dari titik peluh sendiri.. Bukan kuantiti yang di cari, tetapi kualiti..

Aku harap sangat students aku sedar sebelum terlambat bahawa budaya or tabiat meniru ni, tak mampu bawa dorang ke mana2 pun..

Sunday, March 21, 2010

KisaH seOraNG ciKgi


PART I Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat. Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah" Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART II Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya. Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya, Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga? Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar... Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong? Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur. Cikgu : Mana tepungnya?? Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie
tak sekolah ke hape??

PART V Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang? Joe : Untuk mencari makanan, cikgu Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang? Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu. Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang? Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu... Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas.


Saturday, February 13, 2010

aku Dan Kerjaya ku...

Terlalu lama rasanya aku tak menambah entry di blog ni..suram sunyi dan membisu seribu kata. Kesibukan yang melanda menyebabkan waktu 24 jam seolah2 tidak mencukupi buat diri ku..
Aku dan kerjaya.. Benarkah kata org kerjaya yang aku pilih merupakan kerjaya yang mudah?? Banyak cuti, banyak rehat..Benarkah jadi guru semudah yang meraka semua sangkakan?.. Kerjaya guru kerap kali di pandang 'lekeh' @ pandang remeh..Aku tidak berhak menafikan tetapi tidak juga mengiyakan. Setiap individu berhak untuk membuat sebarang spekulasi dan memberi pendapat.

Bagi aku selepas aku mula terjebak dalam profesion perguruan ni, dapat ku rasakan kerjaya sebagai seorang guru tak semudah yang disangka. Aku bukan saja bertugas untuk menyampaikan ilmu, bahkan lebih daripada itu. Aku perlu menjadi ibu kepada berpuluh2 anak remaja. Amanah yang diserahkan oleh ibu bapa mereka perlu di galas dengan penuh ikhlas. Pelbagai pengorbanan perlu di lakukan demi memastikan semua anak didik menjadi insan yang berguna kelak.Wang ringgit, tenaga dan keringat, masa dan waktu..semuanya dicurahkan tanpa meminta sebarang balasan.

Orang lain kerja lebih masa dibayar gaji, tetapi guru tidak.Guru perlu ikhlas dalam kerjaya nya..guru jarang mendapat hak yang sewajarnya.Kadang kala bukan sahaja perlu berdepan dengan kerenah pelajar yang pelbagai tetapi juga kerenah ibu bapa yang selalu mempertikaikan setiap tindakan yang di ambil oleh guru. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak kadang kala memberi impak yang sangat besar dalam urusan persekolahan. Anak susah di bentuk kerana ada campur tangan pihak luar. Guru tiada kebebasan dalam membuat sebarang tindakan. Tiada akta yang dapat membela nasib seorang guru. Kaki tangan kami terikat, kata-kata kami tersekat, bagaimana ingin membentuk jika setiap langkah yang di ambil ada saja yang ingin memprotes.

Atas sebab situasi semacam ini lah wujudnya spesis2 pelajar yang mula naik 'tocang' dan besar kepala. Oleh sebab itu lah kes2 pelajar memukul guru sering terpampang di dada akhbar sekarang. Jika guru memukul pelajar akan didakwa. Tetapi bagaimana pula dengan kes pelajar memukul guru? Kenapa tiada seorang guru pun mendakwa pelajar tersebut dimahkamah? apabila pelajar diherdik oleh guru, guru di templak dan dikatakan tidak mempunyai nilai moral yang baik??masuk surat khabar, kadang2 siap jadi cover lagi.. bagaimana pula dengan pelajar yang mengeluarkan kata2 kesat kepada guru?bagaimana pula dengan pelajar yang bersikap biadap dengan guru??kenapa tiada seorang guru pun yang menyebarkan kes ni kepada mana2 surat khabar?? SEmuannya kerana guru perlu "IKHLAS" dalam tugasnya. Guru perlu ada kesabaran..Kata orang guru kena terima semua ini, kerana guru adalah lilin yang membakar diri demi menerangi hidup org lain..

Wednesday, October 7, 2009

Penempatan Gsst di Sarawak??

Entry kali ni aku coretkan rentetan kerisauan n kegusaran yang telah melanda diri dan jiwa aku beberapa jam yang lepas sehinggalah sekarang. Apa yang aku risaukan sebenarnye ni??


PENING nyerrrrrrr......

Penempatan GSST..GSST merupakan singkatan bagi Guru Sandaran Siswazah Terlatih..dan aku merupakan salah seorang daripada kumpulan GSST ni. Selepas sesi menjawab soalan INSAK n sesi Interview beberapa bulan yang lepas, kini sudah tiba musim untuk mengetahui keputusannya. Persolan yang timbul.."kat mana pihak KPM ni nk tempatkan aku?".."kat Sabah/Sarawak or semenanjung"..

Hati aku kuat menyatakan bahawa bakal2 guru yang lain turut dilanda kerisauan macam aku alami skang ni. Kerisauan yang melanda kian kronik bila desas-desus menyatakan calon2 GSST yang gagal sewaktu menjalani ujian INSAK dan sesi Interview tidak akan tersenarai dalam sesi penempatan kali ini, dalam erti kata yang lain, mereka yang gagal ni perlu mengulangi semula ujian INSAK dan juga menghadapi sesi Interview sekali lagi." Adakah aku salah seorang calon yang gagal??" .."betul ke desas-desus ni or hanye khabar angin semata2??"...aku sendiri tdk mampu menjawab pertanyaan ni..

Bertubi2 pesanan ringkas(sms) yang aku terima daripada rakan sperjuangan. Mereka turut bertanyakan soalan yang sama. arghh... "knp lambat sangat nak dapat keputusan ni!!"..aku dah bosan dengan penantian berbulan2..bosan jadi penganggur..

Tiba2 salah satu daripada kiriman sms yang aku terima luar daripada kebiasaan. Kali ni bukan lagi sms pertanyaan..tetapi sms yang bebaur penyataan.."weh, ak dpt Sarawak. Surat sampai td...."(drpd nisa ank pakcik ramli). Seram sejuk aku waktu baca sms tu. "die dapat SARAWAK??"..macam mana dengan aku?? kenapa aku masih tidak dapat sebarang kata putus daripada KPM?

Kini, sehingga waktu dan saat sekarang, aku masih menerima sms daripada rakan2 mengenai perkara yang sma.. dah ramai calon di tempatkan di Sabah dan Sarawak walaupun itu bukan negeri pilihan mereka.. Macam mana pula dengan aku???..Nampaknya sampai di saat ni..pertanyaan aku masih lagi tergantung tak bertali??

Korang rase aku ditempatkan dimana??Aku lulus tak soalan INSAK ari tu??
Next Post Back to Top