Saturday, March 19, 2011

Jangan samakan kerjaya ku dengan kerjaya orang lain…

Aku seorang ‘GURU’. Aku tak punya pejabat sendiri walaupun status kerja ku sebagai seorang ‘pegawai’. Kerjaya ku di anggap lekeh kerana tempatnya adalah di sekolah . Suara serta tindak tanduk ku adakalanya di pertikai hanya kerana aku seorang guru.Tahukah mereka aku juga punya ijazah. Tahukah mereka aku juga punya kelayakan.

Kerjaya guru perlukan pengorbanan. Guru juga perlu terus kuat bertahan. Keikhlasan perlu bertunjang dihati, agar tugas dapat berjalan dengan lancar. Aku tak punya elaun tambahan utuk kerja lebih masa walaupun jerih keringat ku di perah hingga melebihi waktu yang sepatutnya. Kerja ku bukan sekadar mengajar, tetapi memantau kenakalan anak2 mereka. Tugas ku bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga memberi kasih sayang serta perhatian.

Jadi jangan samakan kerjaya ku dengan kerjaya org lain kerana hanya mereka yang melalui akan memahami apa yang di maksudkan dengan kerjaya seorang GURU.

GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Previous Post Next Post Back to Top