Tuesday, December 14, 2010

Yang Comel itu indah... (episod 3)

Entah kenapa sejak akhir2 ni mata ku sering tertarik ngan sesuatu yang 'cOmeL'... Jom layan koleksi gambar yang aku search untuk simpanan peribadi.








20 Luahan iSi Hati seoRang insan yang BernaMa LElaki

1. Tidak Semua lelaki seperti David Blaine.Jadi jangan harap kami boleh membaca isi pikiranmu ketika kamu membuat reaksi tanpa suara. Apa susahnya kalau cakap: "Aku Lapar, Aku minta dibelikan pakaian, Tolong rayu aku...!!"

2. Hari ahad adalah waktunya rehat setelah 6 hari bekerja, jadi jangan harap kami mahu menemani kamu seharian jalan-jalan ke Shopping Mall.

3. Berbelanja BUKAN sukan. Dan kami tidak akan berpikir ke arah situ.Bagi kami belanja adalah belanja, kalau sudah sesuai terus beli saja, perbezaan harga di kedai A dan B cuma 1 ringgit jadi tak payah keliling bandar untuk cari yang paling murah, buang duit minyak je.

4. Menangis merupakan suatu Ugutan.Lebih baik kami mendengar suara kilat,petir, bom meletup daripada mendengar suara tangisanmu yang membuat kami tidak boleh berbuat apa-apa.

5. Tanya apa yang kamu mahu. Cubalah untuk paham tentang hal ini.Sindiran halus tidak akan dipahami,Sindiran kasar lagi tidak akan dipahami,terang-terangan menyindir juga kita tidak akan paham!Cakap langsung apa salahnya!?

6. Ya dan Tidak adalah jawaban yang paling dapat diterima hampir semua pertanyaan. It's Simple.!!

7. Cerita ke kami kalau mahu masalah kamu diselesaikan.Kerana itu yang akan kami lakukan.kalau Ingin dapatkan simpati saja, cerita saja ke kawan-kawan perempuanmu.

8. Sakit kepala selama 17 bulan adalah penyakit.jadi pergi jumpa dokter!

9. Semua yang kami katakan 6 bulan lalu tidak boleh dipertimbangkan dalam suatu perdebatan. Sebenarnya, semua komen tak laku dan batal setelah 7 hari.Janji kami untuk menyeberangi lautan dan mendaki gunung itu hanyalah klise, jangan dianggap serius.

10. Kalau kamu tidak mahu pakai baju seperti model-model pakaian, jangan harap kita berubah menjadi seperti artis drama.

11. Kalau kamu pikir kamu gemuk, mungkin saja. Jangan tanya kami lagi.Cermin lebih jujur daripada Lelaki.

12. Kamu boleh meminta kami untuk melakukan sesuatu atau menyuruh kami menyelesaikannya dengan cara kamu. Tapi jangan dua-duanya sekaligus. Kalau kamu pikir boleh melakukannya lebih baik, kerjakan saja sendiri.

13. Kalau boleh,cakap apa yang nak kamu cakap ketika iklan saja.Ingat, jangan sekali-kali bercakap apalagi ketika saat tendangan penalti.

14. Kami bukan anak kecil lagi, jadi tidak perlu mengingatkan jangan lupa makan,selamat tidur, dan lain lain.Menurut kami itu hanyalah pemborosan duit topup saja.

15. Kalau gatal kan boleh digaru sendiri. Kami juga boleh tolong.

16. Kalau kami tanya ada apa dan kamu jawab tak ada apa-apa, kami akan berpikir memang tak ada apa-apa. Ingat, seperti no.1 kami bukanlah pembaca pikiran. cakap baby...cakap....!!

17. Kalau kita berdua harus pergi ke suatu tempat, pakaian apapun yang kamu pakai,tetap sesuai. Betul, Jadi tidak ada alasan untuk tidak mahu pergi ke pesta karena tidak ada baju.

18. Jangan tanya apa yang kami pikir tentang sesuatu kecuali kamu memang mahu berbual tentang bola, game, billyard, memancing atau mungkin juga tentang teknik repair kereta.

19. Kami malas berdebat secara hati dan perasaan, ingat!! kami hanya pakai logik akal.

20. Terima kasih kerana sudi baca luahan hati ini.ye,saya akan tidur di sofa malam nanti


p/s: Luahan ni aku dapat daripada -->http://www.fcukz.co.cc/ .. banyak lagi fakta menarik yang korg bleh dapat daripada page yang aku link kan tu...enjoy ya..n kredit bintang kejora aku bagi pada owner page tersebut..mmg menarik...

Saturday, December 11, 2010

Yang Comel itu indah... (episod 2)


Entry sebelum ni aku ada cite kan tentang si comel Dandoard. Ternyata sangat comelkan?? Aku sangat suka ngan hasil karya Arielle Nadel-365 days of danboard..Untuk entry kali ni aku nk citekan tentang si comel SOULDOLL lak.

Aku tak sure org lelaki minat or tak, tapi yang pastinya naluri aku sebagai anak gadis sangat tertarik dengan Souldoll ni. Ada pelbagai karakter or jenis, mengikut paras rupa dan wajah. Souldoll bleh ditempah, sama ada dengan pakej bermake-up atau pun tidak. Kita juga bleh demand warna kulit yang kita suka. Pesrsoalannya sekarang, apakah itu Souldoll???

Souldoll merupakan anak patung yang agak 'canggih' ckit daripada Barbie. Kita bleh gaya kan patung ni dengan pelbagai fashion rambut, make up kan dia, dan menukar warna anak mata mengikut kesukaan kita. Kenapalah zaman kanak-kanak aku dulu takda patung camni. Kalau ada mesti aku merengek2 mintak dibelikan.











Yang Comel itu indah...

Comel kan???!!!

Tak sangka dari hanya kotak2 yang kecil, mampu hasil kan suatu seni yang indah. Sebenarnya kotak ini bukan sebarang kotak, kotak ini ada namanya.

'Danboard (ダンボー) is a cardboard box robot.' ...Untuk penerangan yang lebih lanjut korang boleh la klik kat url ni --> http://www.collectiondx.com/node/2107. Kalau korang tgk danboard ni masa dlm packing takda la menarik sangat untuk di miliki apa ntah lagi untuk di beli.


Tapi dengan kreativiti insan2 yang berseni..si muka petak yang berbadan kotak ni kelihatan begitu comel skali bila di hadapan lensa kamera. Ramai mamat2 n minah2 DSLR brminat utk jadikan danboard ni sebagai model amatur mereka. JOM kita layan beberapa hasil seni yang aku dapat dari Arielle Nadel dan juga Antong Tang.








Monday, December 6, 2010

Rintihan si HaTi


Senyum tawa, namun mana manisnya,

Riang gembira, namun mana sinarnya,

Lagak tenang segala, sedang gelora melanda,

Wahai hati ke mana hilangnya jiwa,

Yang sering menyanyi seiring, seirama,

Kembali lah jiwa, kembali bertaut,

Menemani hati yang merintih hiba.


Saturday, November 27, 2010

Sejauh mana kebenaran “Teman Tapi mEsra”???...

Anda semua pernah dengar ni

“kawan, kawan tapi tak leh kawen”.

“Kami takda apa2, Cuma teman tapi mesra”

“Dia kawan aku dari kecik, mana leh kawen”

“Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri”

dan banyak lagi ayat2 cliché yang sering diungkapkan apabila status sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan dipersoalkan. Masalahnya setiap kali ayat ni diungkapkan,ada sesetengah manusia yang enggan percaya..Kenapa situasi ni boleh terjadi ya???Pelik ke bersahabat dengan lain jantina?? Pelik ke klu kawan baik kite (org skang gelar bff) tidak sma gender dengan kita??

Bagi aku, aku percaya, mmg wujud persahabatan yang ikhlas antara lelaki dan perempuan. Memang wujud pertalian ‘teman tapi mesra’ ….Yang beza hanya jantina, as long as korang tak melebihi batas2 yang sepatutnya, persahabatan yang terjalin masih dianggap suci tanpa ada udang di sebalik mee..

Tapi sejauh mana kesucian persahabatan ni akan bertahan???tepuk dada tanya fikiran..Sebenarnya, seakrab mana pn kita dgn si dia, selama mana pn kita kenal si dia, dan walaupun hubungan ibarat adik beradik kita masih tetap tidak boleh menafikan yang hakikatnya hubungan yang terjalin boleh pergi jauh melebihi daripada nilai seorang sahabat. Mana tau tetiba suatu ari tuhan buka pintu hati kita untuk menerima si dia yang di anggap ‘teman tapi mesra’ sebagai teman sepanjang masa dan hayat.. Maka masa tu keluarlah ungkapan, macam lagu hits Maher Zain skang....

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along……..”



Previous Post Next Post Back to Top