Monday, October 19, 2009

Al-kisah KhiNzir@bAbis...

Entry yang ingin aku kongsikan dengan korang kali ini adalah kisah suatu peristiwa yang sadis lagi tragis yang berlaku hanye kerana seekor khinzir atau name glemernye Babis(bile bace tlong eliminate kan huruf "s "ye..heheh)..
Aku dapat kisah ni daripada kawan aku melalui slot buletin tagged..Die ni mmg bagus la..slalu je bagi kisah menarik utk kita fikir n renung2 kan...

Ayuh kita hayati kisah ni bersama2.


Ada seorang pompuan ni , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek dan remuk. Agak serius jugak la keadaan hadapan kereta dia..

Hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah dan gelisah. Tambahan pula jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak. Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit :

" Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slowsikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas :

"Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".."Bagerooo..."sedap mulut jer cakap org babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Perempuan tadi pun terus berlari ke arah bunyi dentuman tersebut..Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak dengan keadaan belumuran darah,manakala motosikal nya remuk teruk.

Rupa-rupanya, dia dah terlangar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.


Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe.


p/s: Jangan berprasangka buruk ye...

Saturday, October 17, 2009

MiSteri BoLa Ping- poNG...

Baru je tadi aku dapat crite ni dari salah sorang kawan aku...Mari la same2 kite merungkai kisah Misteri Bola Ping-Pong...


Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong."Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya."Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan."Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer"Apa dia" tanya bapa AmerTetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.Apakah misteriya? Anda nak tau????

ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri buat selamanya.

Wednesday, October 7, 2009

Penempatan Gsst di Sarawak??

Entry kali ni aku coretkan rentetan kerisauan n kegusaran yang telah melanda diri dan jiwa aku beberapa jam yang lepas sehinggalah sekarang. Apa yang aku risaukan sebenarnye ni??


PENING nyerrrrrrr......

Penempatan GSST..GSST merupakan singkatan bagi Guru Sandaran Siswazah Terlatih..dan aku merupakan salah seorang daripada kumpulan GSST ni. Selepas sesi menjawab soalan INSAK n sesi Interview beberapa bulan yang lepas, kini sudah tiba musim untuk mengetahui keputusannya. Persolan yang timbul.."kat mana pihak KPM ni nk tempatkan aku?".."kat Sabah/Sarawak or semenanjung"..

Hati aku kuat menyatakan bahawa bakal2 guru yang lain turut dilanda kerisauan macam aku alami skang ni. Kerisauan yang melanda kian kronik bila desas-desus menyatakan calon2 GSST yang gagal sewaktu menjalani ujian INSAK dan sesi Interview tidak akan tersenarai dalam sesi penempatan kali ini, dalam erti kata yang lain, mereka yang gagal ni perlu mengulangi semula ujian INSAK dan juga menghadapi sesi Interview sekali lagi." Adakah aku salah seorang calon yang gagal??" .."betul ke desas-desus ni or hanye khabar angin semata2??"...aku sendiri tdk mampu menjawab pertanyaan ni..

Bertubi2 pesanan ringkas(sms) yang aku terima daripada rakan sperjuangan. Mereka turut bertanyakan soalan yang sama. arghh... "knp lambat sangat nak dapat keputusan ni!!"..aku dah bosan dengan penantian berbulan2..bosan jadi penganggur..

Tiba2 salah satu daripada kiriman sms yang aku terima luar daripada kebiasaan. Kali ni bukan lagi sms pertanyaan..tetapi sms yang bebaur penyataan.."weh, ak dpt Sarawak. Surat sampai td...."(drpd nisa ank pakcik ramli). Seram sejuk aku waktu baca sms tu. "die dapat SARAWAK??"..macam mana dengan aku?? kenapa aku masih tidak dapat sebarang kata putus daripada KPM?

Kini, sehingga waktu dan saat sekarang, aku masih menerima sms daripada rakan2 mengenai perkara yang sma.. dah ramai calon di tempatkan di Sabah dan Sarawak walaupun itu bukan negeri pilihan mereka.. Macam mana pula dengan aku???..Nampaknya sampai di saat ni..pertanyaan aku masih lagi tergantung tak bertali??

Korang rase aku ditempatkan dimana??Aku lulus tak soalan INSAK ari tu??
Previous Post Next Post Back to Top