Wednesday, July 29, 2009

LaHirNya SeOraNg InSAn....

Pada waktu yang terluang ni, ingin aku kongsikan pengalaman yang aku lalui selama sebulan kebelakangan ni. Perjalanan hidupku sebagai penganggur sepenuh masa telah bertukar kepada 'bibik' yang berdedikasi. Ini semua berlaku kerana lahirnya seorang insan yang di beri nama Nur Dayana Batrisya.

Nur Dayana Batriysa ni merupakan permata sulung akak dan abang ipar aku sekaligus merangkap cucu sulung dalam keluarga aku. Kehadirannya memang dinantikan oleh semua ahli keluarga ku, dan yang paling excited of coz la abah aku.Al-maklumlah bakal mendapat gelaran 'Datuk'.

Tanggal 30 Jun 2009 pada pkul 9.01(klu aku tak salah tgk) Nur Dayana Batrisya telah selamat dilahirkan dimuka bumi ni dengan berat 3.01 kg. Semua ahli keluarga aku ada di hospital untuk meraikan kelahiran insan kecil ni. Dan aku...macam biasala berada n tertinggal di rumah untuk menguruskan rumah dan membuat persediaan untuk 'ibu dan anak' yang bakal pulang berpantang dirumah aku nanti. Di saat org lain seronok menatap muke baby yang baru lahir, aku lak sibuk kemas kan baju2 baby, rendam botol2 baby dalam air panas, siapkan tilam yang bersih utuk kakak aku,mop lantai dengan dettol.. Kata mak aku, semuanya mesti di pastikan bersih daripada bakteria. Penat siot, umah aku dah la bertingkat2..

Tapi semua kepenatan aku seolah2 terbayar bila melihat muke 'baby' yang suci murni masuk ke rumah. Tangisan 'baby' ibarat nyanyian yang menenangkan (masa hari pertama je la..skang tak dah..heheh). Indah betul ciptaan tuhan..Terasa macam baru semalam 'baby' tu terkurung dalam perut n skang die dah ade depan mate aku. Jari jemari yang kecil, tapak kaki yang bergerak perlahan, mata dan mulut yang comel, semuanya terasa sungguh mengasyikkan. Ni yang buat aku terasa nak ada anak sendiri lak ni..

So ape lagi..'baby' dah ade, akak aku lak masuk musim berpantang,dan aku mendapat duty baru..Bangun seawal pagi, tlong mak buat nasi lemak. Selepas subuh bakar 'batu tuku' utk akak aku..Tujuannya utk mengempiskan perut akak aku yang dah jadi macam agar2 kembang. Bancuh ubat herba untuk disapukan pada satu badan akak aku, dan seterusnya di sudahi dengan sesi barut iaitu sesi mengikat perut dengan bengkung yang dibuat khas..Oh lupa ade lagi satu, sarungkan stokin kat kaki akak aku. Tempoh awl2 ni akak aku takleh tunduk2 kan badan,bergerak banyak pun tak bleh, sbb bahagian 'tutt' kena jahit..Ntahla sakit sangat kot..Macam terseksa je aku tgk die nak bergerak.
Berbalik pada cerita Nur Dayana Batrisya, dalam tempoh sebulan die bernafas di atas muka bumi ni, die suke btul berjaga tgh malam. Bukan saja tdur malam akak aku terganggu bahkan aku skali. Waktu cmni la,tangisan 'baby' dah tak lagi menenangkan jiwa aku..hehhehe
Ni la sedikit sebanyak yang aku tempuhi sepanjang menyambut kelahiran insan yang bernama Nur Dayana Batrisya.

Tuesday, July 28, 2009

Puisi malam...

Mata aku still tak ngantuk even dah lewat2 malam ni.. Tetibe jari jemari aku terasa gatal sangat nak berpuisi.Actually dah lama sgt aku tgl kan zaman berpuisi aku..rasa nya kali terakhir aku gatal berpuisi 5 tahun yang lepas. Hope percubaan after 5 tahun ni masih boleh diterima pakai...



Di malam yang dingin,
Ku lihat bulan tersenyum pada ku,
Bintang-bintang mngerdip riang,

Dedaun pohonan meliuk lentuk dek mainan angin malam..

Namun keindahan malam ini,
Tidak bisa menenangkan gelodak hatiku,
Aku jadi tak keruan,
Minda ku kusut,
Jiwa ku kelam,
Hati ku bagai ditusuk sembilu,
Merintih sayu tak siapa yang tahu,

Oh bulan, pujuk la hatiku,
Oh angin, bawalah kesedihan ku ini pergi,
Wahai bintang-bintang bisakah kau merawat hatiku?
Wahai dedaun yang melambai,
Dengarlah kesedihan ku ini..

Aku ingin bahagia..
Aku ingin damai..sedamai malam yang menyapa ku…

Perkongsian bersama...

Lamanya aku tak bekarya kat blog ni..aku bz ckit ngan urusan hal ehwal rumah tangga..hehehee..aku jadi bibik sambilan kat umah aku skang ni..apa nak wat, ni la nasib org menanggur cam aku...
Okies berbalik pada topik asal aku nak utarakan kat blog aku kali ni..aku just nak share or dalam erti kata lain nak wat perkongsian bersama dengan para pembaca yang lain(ade ke pembaca lain...setahu aku azza sorang je..heheh..so cik azza tlong promote erk) ttg text2 nasihat yang aku berkenan n dapat dari blog2 n website yang aku teroka sepanjang kebosanan aku...ayuh selami n renungkan bersama...

Untuk perkongsian yang pertama aku tujukan...
Khas buat insan yang suka sangat mengeluh tentang nasib diri...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 KITA BERTANYA :


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB : "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12


So kepada insan yang suka sangat mengeluh ttg nasib diri..marilah bermuhasabah diri..Sesungguhnya Allah tu maha mengetahui setiap apa yang dikerjakanNya..Die tahu mana baik dan tidak untuk kita..Terimalah dugaan yang datang dengan ati yang terbuka, minda yang positif serta sentiasa menggunakan pertimbangan yang stabil..
Previous Post Next Post Back to Top