Wednesday, July 29, 2009

LaHirNya SeOraNg InSAn....

Pada waktu yang terluang ni, ingin aku kongsikan pengalaman yang aku lalui selama sebulan kebelakangan ni. Perjalanan hidupku sebagai penganggur sepenuh masa telah bertukar kepada 'bibik' yang berdedikasi. Ini semua berlaku kerana lahirnya seorang insan yang di beri nama Nur Dayana Batrisya.

Nur Dayana Batriysa ni merupakan permata sulung akak dan abang ipar aku sekaligus merangkap cucu sulung dalam keluarga aku. Kehadirannya memang dinantikan oleh semua ahli keluarga ku, dan yang paling excited of coz la abah aku.Al-maklumlah bakal mendapat gelaran 'Datuk'.

Tanggal 30 Jun 2009 pada pkul 9.01(klu aku tak salah tgk) Nur Dayana Batrisya telah selamat dilahirkan dimuka bumi ni dengan berat 3.01 kg. Semua ahli keluarga aku ada di hospital untuk meraikan kelahiran insan kecil ni. Dan aku...macam biasala berada n tertinggal di rumah untuk menguruskan rumah dan membuat persediaan untuk 'ibu dan anak' yang bakal pulang berpantang dirumah aku nanti. Di saat org lain seronok menatap muke baby yang baru lahir, aku lak sibuk kemas kan baju2 baby, rendam botol2 baby dalam air panas, siapkan tilam yang bersih utuk kakak aku,mop lantai dengan dettol.. Kata mak aku, semuanya mesti di pastikan bersih daripada bakteria. Penat siot, umah aku dah la bertingkat2..

Tapi semua kepenatan aku seolah2 terbayar bila melihat muke 'baby' yang suci murni masuk ke rumah. Tangisan 'baby' ibarat nyanyian yang menenangkan (masa hari pertama je la..skang tak dah..heheh). Indah betul ciptaan tuhan..Terasa macam baru semalam 'baby' tu terkurung dalam perut n skang die dah ade depan mate aku. Jari jemari yang kecil, tapak kaki yang bergerak perlahan, mata dan mulut yang comel, semuanya terasa sungguh mengasyikkan. Ni yang buat aku terasa nak ada anak sendiri lak ni..

So ape lagi..'baby' dah ade, akak aku lak masuk musim berpantang,dan aku mendapat duty baru..Bangun seawal pagi, tlong mak buat nasi lemak. Selepas subuh bakar 'batu tuku' utk akak aku..Tujuannya utk mengempiskan perut akak aku yang dah jadi macam agar2 kembang. Bancuh ubat herba untuk disapukan pada satu badan akak aku, dan seterusnya di sudahi dengan sesi barut iaitu sesi mengikat perut dengan bengkung yang dibuat khas..Oh lupa ade lagi satu, sarungkan stokin kat kaki akak aku. Tempoh awl2 ni akak aku takleh tunduk2 kan badan,bergerak banyak pun tak bleh, sbb bahagian 'tutt' kena jahit..Ntahla sakit sangat kot..Macam terseksa je aku tgk die nak bergerak.
Berbalik pada cerita Nur Dayana Batrisya, dalam tempoh sebulan die bernafas di atas muka bumi ni, die suke btul berjaga tgh malam. Bukan saja tdur malam akak aku terganggu bahkan aku skali. Waktu cmni la,tangisan 'baby' dah tak lagi menenangkan jiwa aku..hehhehe
Ni la sedikit sebanyak yang aku tempuhi sepanjang menyambut kelahiran insan yang bernama Nur Dayana Batrisya.

0 comments:

Previous Post Next Post Back to Top