Wednesday, September 30, 2009

Baby BatriSya maKIn GeMokZ..

Entry kali ni sj je aku nak update kan skit perkembangan anak sedara aku yang pernah aku ceritakan pada entry yang terdahulu..
Alahamdulillah makin hari makin bertambah sihat anak sedara aku ni. Mase umo menjangkau sebulan berat die 3kg lebih. Masuk je umo dua bulan berat die 4.8kg. Hari ni genap umo die 3 bulan, berat yang berjaya dicatat ialah 6.8 kg..heheheh..
Memang sangat berat.. Daripada saiz mate agak besar daripada aku, skang saiz mate dah jadi lebih kecik daripada aku. Bentuk leher sudah tidak kelihatan lagi. Yang jelas kelihatan hanya lah sebiji kepala yang mengandungi pipi yang kembung dan bentuk badan yang bulat. Kemana hilang nye leher Baby Batrisya?? sudah tentu telah tenggelam dalam isi2 yang ada.heheh..
Kat bawah ni aku sertakan sorotan 'perkembangan' yang telah berlaku.



1 bulan lebih

2 bulan

2 bulan lebih



3 bulan...

Monday, September 28, 2009

RiAnG RiA di HaRi Raya....

Tiada apa yang indah selain dapat bersama dengan insan2 yang jauh dimata tatkala Raya menjelma. Macamtu gak la dengan aku. Raya pertama aku, seperti kebiasaan org lain, spent time dengan ahli keluarga dan sanak saudara. Sesi bermaafan bermula sebaik sahaja pulang dari menunaikan solat sunat hari raya. Baik perempuan mahupun lelaki semuanya menjatuhkan ego memohon kemaafan daripada ayah dan bonda, pakcik dan mak cik, datuk dan nenek serta cucu dan cicit.

Hari yang seterusnya, jadual aku banyak terisi dengan sesi beraya di rumah kawan2. Waktu macam ni la perlu di 'grab' aku n kawan2 untuk bertemu , bergosip serta betukar cerita selepas sekian lama tdk bersua kerna masing2 sibuk dengan tugasan masing2.

Hampir setiap hari sepanjang 1minggu raya, kami berjumpa dan bersua. Entah bila lagi dapat bersama berkongsi suka duka semacam saat ni... Kata org semakin kita meningkat dewasa semakin kurang masa kita dengan rakan2. Almaklumlah masing2 nanti akan ke next level(kawen n ada famili)..so fokus pn mesti ke arah famili masing2. Mungkin raya akan datang tak semeriah tahun ni, tapi aku nak korang suma tau, kehadiran korang di setiap kali raya menjelma telah membuat kan 'hari raya' ku menjadi riang gembira'.



Trip tgk wayang di hari raya ke-5





Makan raya SMKDOB-raya ke-3









Sesi karaoke beramai2..







Saturday, September 12, 2009

Special wish for RaYa..

Ade member send wish ni kat aku..Cam best lak nak share ngan korang sume..

Friday, September 11, 2009

Aku dan Biskut Raya..

Di saat penghujung Ramadhan ni ramai yang dah mula menyibukkan diri dengan segala jenis persiapan untuk menyambut raya nanti. Jahit kain langsir, beli baju raya, ade juga yang sibuk membuat biskut raya. Macam tu gak la ngan aku. Hari2 dikerah untuk menyiapkan biskut raya. Kadang2 seronok n rase puas bile tengok hasil kerja sendiri. Tapi bile dah kena wat banyk2 mula la jari jemari aku mengadu letih. Masuk hari ni dah 10 jenis biskut yang berjaya aku n mak aku siapkan. Petang nanti bleh la mula hantarkan kat org2 yang menempah. Tak banyak pun tempahan tahun ni jika nak dibanding kan dengan tahun2 yang terdahulu. Lagi pn 'kaki tangan' tak cukup, mak pn dah tak brape minat nak truskan ape yang die usahakan slama ni. Faktor usia akan menyebabkan seseorang tu bosan dengan rutin yang die jalankan selama ni. Camtu gak la rasanye dengan mak aku.
Teringat lak waktu zaman aku kecik2 dulu. Zaman di mana mak bergiat aktif dengan pembuatan biskut raya. Tempahan mencecah puluhan ribu. Dari kelantan, kedah, perak dan merata lagi la...masuk je seminggu lebih puasa mak n pkerjanya dah mula sibuk menyiapkan tempahan. Masa tu aku hanya menjadi pemerhati. Maklumlah aku kecik lagi mase tu, klu aku tlong alamatnye cacat la biskut mak aku tu. Masuk je minggu ketiga tempahan suma dah siap di 'packing'. Rumah aku yang tak sebesar mane mase tu dipenuhi dengan biskut raya, sampaikan nak berbuka puase terpaksa pandai2 cari 'port' makan masing2. Nasi n lauk lak diletakkan atas biskut2 raya yang siap di 'packing'. Padat gile la umah aku mase tu. Nak jalan ke dapur pn kne melalui celah2 susunan biskut yang di 'packing'. Terasa macam berada di rumah yang di perbuat daripada biskut raya lak...hahahha...
Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan indah yang sentiasa terpahat dalam memori hidupku. Kenangan tu telah mengajar aku untuk lebih menghargai pengorbanan seorang ibu. Mak bertungkus lumus menyiapkan tempahan yang banyak tanpa bersungut sedikit pun demi mencari duit poket wat membantu abah menguruskan keluarga. Ye la gaji abah mase tu tak sebanyak macam sekarang ni.
Sekarang kami adik beradik pun dah meningkat dewasa. Gaji abah pn dah bertmbah baik even tak la banyak sgt, tapi better la dari dulu.Pendek kata ekonomi keluarga dah makin ok. So mak pn tak perlu lagi bersusah payah mengerah keringat. Pembuatan Biskut raya bukan lagi menjadi sumber pendapatan yang dinanti, tapi lebih kepada minat dan sekadar hobi. Tempahan yang diperolehi hanya daripada pelanggan tetap, yang tak jemu2 buat tempahan setiap kali tibanya musim raya.


Tempahan yang nak dihantar jap lagi



Hasil 'air tangan' aku tahun ni

Monday, September 7, 2009

GO ladies! GO ladies!



Sejak kali pertama aku dengar lagu ni, aku terus suke. Rentak melodinye sungguh bersemangat,bleh membuatkan hati yang suram jadi ceria kembali. Bagi aku, bait2 lagu ni sedikit sebanyak mampu bagi motivasi atau pun meniupkan suatu ‘spirit’ yang luar biasa pada jiwa insan yang bergelar ‘ladies’. Actually lirik yang cuba disampaikan merupakan satu nasihat pada kaum hawa supaya sentiasa berhati2 ngan kaum adam. Jangan terlalu mudah mempercayai, takut di tipu,jangan terlalu menyayangi takut nanti kecewa tahap gaban lak bile ditinggalkan, tapi jangan pulak terlalu prejudis sampai sumanya nampak buruk. Pendek kata bile berdepan ngan kaum adam, tambahan lak jika berkait rapat dengan soal cintan-cintun ni, kaum hawa kne la bijak gune keseimbangan akal n hati dengan sebaik2nya. Jangan terlalu ikutkan ati n jiwa kite yang mudah tersentuh.

Lirik Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

*aku paling suka bile lagu ni ade selingan suara latar yang cakap ‘go ladies! Go ladies! Go ladies’.. rase cam pasukan sorak yang tgh bagi semangat supaya jadi wanita yang kuat…hahahah

Saturday, September 5, 2009

Apa erTi KerIndUaN??

Entry kali ni aku nak bicarakan tentang kerinduan aku. Al-maklumlah aku kan baru pulang merantau dari kota metropolitan..cewah cam best je bunyi nye..Aku baru je balik dari KL. Entah apa yang menariknya KL tu, aku sendiri tak pasti. Ramai yang memuji keindahannya, kemajuan yang ada, suasananya..pendek kata komen yang slalu aku terima slalu je menyatakan KL tu tempat yang menyeronokkan. Skali pergi terasa nak pergi lagi..Tapi yang peliknye, sampai sekarang aku masih tak jumpa or rase keseronokan yang org ramai cakap kan tu. Adakah aku terlalu buta atau tiada deria rase???
Dua minggu aku di kota KL cukup membuat aku begitu rindu pada kampung halaman. Mungkin benar kata org tua2, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri. Alangkah baiknye di negeri sendiri. Biarpun hujan emas sangat beharga dan bernilai tapi aku lebih rela memilih hujan batu di negeriku sendiri. Saat aku di kejauhan, aku rindu pada mak dan abah di rumah. Baru kini aku sedar aku lebih rela mendengar leteran mereka daripada mendengar hiruk pikuk kota metropolitan ni. Hiburan yang ade tdk mampu menghiburkan aku, sepertimana aku terhibur ketika bermain dengan adik2 ku di rumah. Bahkan rinduku makin menebal untuk keluar berjalan bersama2 my ‘little hubby’.
Ahh….ape yang ade kat KL ni langsung tidak mampu mengubati rindu ku ini. Tidak langsung menarik minat ku untuk terus tinggal di sini.
Hari berganti hari, waktu pn terus berlalu. Hati ku pula sarat menanggung kerinduan yang tak berkesudahan. Aku rindu pada kamar tidurku, aku rindu pada si ‘tahi lalat’, aku rindu pada PC ku..aku rindu pada semuanya, yang hanya terdapat di negeri ku yang tercinta, bukan di kota KL yang aku ‘jajahi’ sekarang.
Akhirnya kini aku pulang, terubat sudah segala kerinduan dan aku mula sedar bahawa aku amat senang berada di tempat asal-usulku…Muuuaaahhh ‘Butterworth,Penang’…

Friday, September 4, 2009

SaLaM RamaDhaN

Nampaknye spemergian aku dari ‘pearl of island’ ni..dah byk blogger2 yang mencatitkan ttg ramadhan..aku je blum lagi..Bukan bermaksud tak excited ngan kedatangan bulan ramadhan ni..Tapi kesibukan yang melanda, memaksa aku hentikan seketika kegiatan aku bersama PC tersayang…
Rasenye tak terlambat lagi..utk aku selit kan madah pujangga yag sempat aku karang smase menjalankan tugas di KL ari tu…
Whateva pn..slamat berpuase..slamat beramal…

Ramadhan menjelma lagi
Bulan yang penuh 1001 kenikmatan,
1001 ganjaran,
limpahan kurnia dari yang Esa,
Buat semua umat manusia,

Kehadirannya di damba oleh para perindu,
Di nanti oleh insan-insan yang setia,
Mengadu kasih, menghamba diri,
Kepada pencipta yang maha Agung,

Lailaturqadar malam dinanti,
Dibuka pintu, doa termakbul,
Sujudnya insan sekalian makhluk,
Kepada tuhan yang maha berkuasa,

Ya Allah, Ya Rabbi, Ya tuhan ku
Ku kagumi kebesaran mu,
Ku syukuri pemberian nikmatmu,
Payungilah aku dibawah kerahmatan mu,
Lindungilah aku daripada kealpaan,
Agar kesucian Ramadhan mu terpelihara oleh ku.



Previous Post Next Post Back to Top