Wednesday, December 26, 2012

CuBA MeLangKah Ke FAsa BarU....

Begitu cepat masa berlalu,sudah hampir genap setahun usia hubungan ku dengan si Dia terjalin. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kami akan melangkah ke fasa yang baru. Debaran hati makin kuat terasa, setiap minit,setiap saat terasa begitu pantas sekali. Bersediakah aku mengharungi kehidupan bersamanya? Mampukah aku memikul tangggungjawab ini??

Ini lah perjudian hidup yang paling besar aku lakukan… membawa diri keluar daripada kepompong mak dan abah,seterusnya menyerahkan diri untuk di didik,di pimpin oleh insan bernama suami. Tinggi harapan ku, agar masjid yang bakal di bina kekal utuh, walaupun di tiup badai dan taufan.

Puisi ini buat ‘kamu’ insan yang bakal menjadi imam ku nanti…


Ketahuilah oleh mu, hatiku sedang bergolak,
Ketahuilah oleh mu,jantungku kian berdegup kencang,
Ketahuilah oleh mu, minda ku sedang giat berjalan,
Mencari suatu jawapan, mencari suatu kepastian, mencari ketenangan…
Tatkala menanti saat kita di satukan,

Ketahuilah oleh mu,
bukan emas permata yang aku pinta,
Bukan juga pangkat dan harta,
Apa ntah lagi paras dan rupa,

Ketahuilah oleh mu,
Yang ku dambakan, hangat kasih mu,
Keikhlasan hatimu dalam mendidik ku,
Kecekalan jiwa mu dalam mengemudi ‘bahtera’ kita,
Keterbukaan hati mu dalam mengimamkan setiap solat ku,
Kesanggupan mu menerima segala kebaikan dan keburukan ku,

Ketahuilah oleh mu,
Sampai saat kita disatukan nanti,
Aku bersedia menabur bakti,
Kepada kamu…insan yang bernama suami….


0 comments:

Next Post Back to Top