Tuesday, June 16, 2009

'YoU' tooK my Heart...

Oh no..ape dah jadi dengan aku skang..adakah benar hati ku telah di curi??

Setiap putaran waktu, mengingatkan aku pada nye..tekenang-kenang dan termimpi-mimpi saat ku bersamanye .. sehingga sukar untuk ku melelapkan mata...kini ku benar-benar menjadi tidak keruan. Naluri hatiku menyatakan bahawa ku ingin bersama nye disetiap mase dan ketika..Tidak ku sanggup berjauhan daripada nye..

Teringat di saat awl perkenalan kite. Jujur ku nyatakan bahawa pada masa itu,aku langsung tidak berminat untuk memandang mu apa ntah lagi mengenali mu. Namun benarlah kata pujangga, 'tak kenal maka tak cinta'..

Hatiku mula memberontak utk mengetahui, apakah keistimewaan yang ade pada diri mu sehinggakan kau menjadi tumpuan dan buah mulut org ramai. Aku juga tertanya-tanya kenapa mereka amat meminati diri mu??

Kini setelah sepurnama aku mengenalimu..baru ku tahu kau begitu istimewa. Kau telah menghiburkan hatiku. Kau jua telah mengisi kekosongan dalam hidupku... Hatiku kini benar-benar telah jatuh cinta pada mu..

Huh lega rasanye wat luahan hati kat sini..Nak tau sape yang berjaya curi hati aku ni.. Mafia Wars..hahahah.. aku addict gila ngan game ni skang..Pendek kate, pantang ade mase terluang je mesti layan game ni. BEST siot.. Ade bodyguard, ade mastermind..bleh komplot ngan org seluruh dunia untuk attack org lain..Kalau aku dalam kesusahan ahli2 keluarga mafia aku sentiasa je bersedia membantu..Walaupun kiteorang sume berjauhan, tetapi sentiasa dekat dihati..




!!~UMWC~!! gurlz_meowth

4 comments:

Einzafeera said...

ceh ingatkan awak tu sudah mahu bercinta semula.
ye, aku ade nampak game mafia war ni. kat facebook..tapi betulkah penangannya sehingga begini sekali?
musykil-musykil...

gurlz_meowth said...

ye..percayalah..mmg sgt hebat..smpaikan org tua pn xtreme ngan game ni...

Einzafeera said...

siapakah gerangan org tua itu? ibubapa mu kah?

gurlz_meowth said...

oh tidak..bukan ibubapaku...tapi beberapa org pakcik n makcik yang entah dari negeri mane..kini dorg telah menjadi penyelamat ku..hahahha..slalu je tlong attack musuh bagi pihak aku...Kamu berminat utk mencuba??
marilah...Welcome to my family(UMWC)...

Previous Post Next Post Back to Top