Saturday, December 19, 2009

Amarah Seorang Pemuda..

Dah lama rasaya tak publish entry yang baru utuk blog ni..Sejak hari pertama melapor diri sebagai guru, aku dah banyak mengurangkan aktiviti 'bermesra' aku dgn PC..Masa2 yang berlalu terasa begitu pantas sekali..tempoh 24 jam terasa macam tidak mencukupi buat aku...

Berbalik kepada entry yang ingin aku kongsikan kali ini, adalah berkenaan dengan satu kisah yang aku perolehi daripada seorg rakan ku juga melalui buletin tagged..mari lah kita sama2 hayati n selami msg yang ingin disampaikan dalam cerita ni..Moga crita ni sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran yang berguna wat semua insan yang membaca...


AMARAH SEORANG PEMUDA


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja..Bukan sahaja sahabatnya bahkan org sekeliling turut dihentam nya jika ada yang tidak kena.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara itu kepada bapanya dengan bangga. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.. Begitulah juga bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti lubang di tembok batu ini. Tidak kisahla berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Anakku ingatlah, luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Wahai anakku yang disayangi , sahabatmu adalah permata yang sukar dicari.

Pemuda itu terus menitiskan air mata keinsafan selepas mendengar kata2 daripada ayahnya..permuda tersebut begitu menyesali atas segala keterlanjuran yang telah di lakukannya.. Baru ia sedar betapa ramai yang terluka akibat daripada amarah nya yang tidak terkawal...


*best kan cite ni...hmm so di kesempatan ni kepada sahabat2 ku di luar sana...

"Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati mu."


2 comments:

Einzafeera said...

betul ke cite ni? pape pun, moral of the story: Jagalah lidah, awasilah bibir. kata2 yg melukakan kekal dlm ingatan org sampai bila2. sbb majoriti manusia x dpt terima kata2 yg m'hina, mengata, mengumpat, mengherdik, memarah. semua kata2 dlm bentuk ini kekal dlm ingatan seseorang hingga dia mati. biarpun dibasuh dgn kemaafan, kadang2 ia tetap berbekas.

gurlz_meowth said...

Aku pn tak sejauh mane kebenaran cite ni..tapi tak kisah la ape pn..yang pnting moral yang hendak disampaikan..bagi aku ayah pemuda tu sgt bijaksana dalam handle anak die yang pemarah tu...

Previous Post Next Post Back to Top