Saturday, November 20, 2010
InGat Tak???
Posted by gurlz_meowth at 12:29 AM 0 comments
Ingat tak, kite kita dua slalu dok ditengah2 dewan kuliah dalam keadaan bersila…mmg brutal kan..mana ada org bersila dlm dwn kuliah yang kecik, tau tak ada org terpaksa pilih tempat lain n berhimpit sbb kita dah makan space yang sgt banyak utk bersila..cam biasa, aku slalu datang lewat ke kuliah,n ko la insan yg slalu jage tempat untuk aku.kadang2 aku perasan gak muka org sebelah yang bengang aku datang lewat tapi
ko slalu cite kat aku, ko tak penah ade kawan baik, pendek kata ko tak ramai kawan ms zaman skolah…tp aku tak kisah knp org lain tk rapat dgn ko.yang pastinya aku suka kawan ngan ko. Aku rindu saat2 yang kita lalui bersama.. ko igt tak saat kite layan tv sma2.sbnrnye spjg aku kat matrik, aku mmg tak suka trun bilik tv..tp sbb ko aku leh lepak berjam2 layan anugerah planet sma2.
Igt tak saat kite ade jamuan akhir sem, ko beriya cerita yang baju, kasut yg ko nk pki nnti di pinjam khas daripada org lain semata2 utk jamuan tu,..tp at last aku gelak kan ko, sbb baju n kasut yang ko pinjam tak jauh beza ngan baju2 ko sebelum2 ni,tapi ko dgn slumber nya rasa cntik ari tu,hehehee…ko mmg slumber..
aku rindu saat kita makan n minum bersama..igt tak kita slalu lewat ke tutorial sbb g makan bihun sup kat café b..cikgu dah sampi tingkat 4 kita masih ada lagi di café..n 1 perkara yang aku igt smpai skang, ko tak suke pedas..nmpak je brutal ko ni, tp pedas ckit dah kuar air mata…ko igt tak masa kat café tu gak la,kite penah berbincang pasal masa depan…aku cakap ngan ko, aku nk jadi cikgu n ko lak dgn slumber ckp, ‘aku tak tau nak jadi ape’..disaat org lain dh letak matlamat nak smbung blajar aliran ape lepas ni..aku tgk ko masih kosong…ko ckp 'biar akak aku yang tetapkan'..pelik btul aku ngan ko masa tu..
ko igt tak saat kite study kat bilik iron dr pkul 1 smpai 3 pg, mase tu baru aku tau ko ni tak la sebrutal yang di sangka..penakut rupanya…ko blari skuat ati utk smpai ke bilik ko..hehehe.padahal cerah je jalan tu ngan cahaya lampu.
ko igt tak saat kite slalu lepak kat cubicle fizik…tmpat tu dah jadi port utama utk kita study..sbnrynya aku perasan budak ln pn tingin nak guna tempat n buku kat situ..tapi kita dua ngan slumbernye wat cubicle cam bapak kite yg punye…nakal betul kita masa tu kan…igt tak kite slalu kaco cikgu azizul utk ajar kite,sdgkan kadang2 die tak sempat breakfast pn lagi…igt tak kite suh dia blanja kite makan, kat café perempuan lak tu…suma mata masa tu memandang sinis kat kita kan..ye la mana penah cikgu blanja student makan kat café secara terbuka cmtu…dorg jeles kot…hahahah…
igt tak kat dalam kuliah kite slalu tgk gelagat sorang mamat ni..n yang plg aku tak bleh lupa smpai skang, ko ajak aku tgk mamat tu tgh garu ketiak…siot ko,mmg aku gelak tak leh benti lepas tu..
igt tak minah yang pakai sluar bunga2 kat kelas kita...ko slalu tertanya2 pasal dia kat aku…aku ckp,die mmg lain dari yang lain..tapi dia baik...ko igt tak ari ko cakap kat minah pelik tu, “knp minah tu wat muka sedih.baru putus cinta, dah macam ilang laki,” aku senyum je…tetiba satu ari tu, aku tgk ko lak wat muka sedih smacam je…rupa2nya ko pn sma cam minah tu, krisis ngan bf…aku mmg simpati masa tu..tapi reaksi pertama yang aku bagi, adalah gelak yang tak terhingga..ye la dulu ko ckp org, skang dh kena batang idung ko sendiri, baru ko tau…mesti ko tension kan tgk aku asyik gelak n perli ko je mase tu…n ko igt tak, hubungn ko n si dia baik balik sbb sape??/aku tlong ko nganyat bf ko balik…mmg klakar, punya jiwang ayat yang aku suh ko send kat bf ko…aku tumpang gembira bila hub korg baik smula…
Ingat tak masa ari terakhir kite kat matrik..masa tu aku tempah kek khas wat ko..sbb ko cakap ko tak penah smbut hari jadi..aku mmg nak wat kejutan n nak smbut bersama2 ngan ko..tp ko ilang ntah kemana..abis je exam yang terakhir, ko cakap tak nak jumpa aku dah…ko cakap ko tak suka perpisahan…aku gelak ja..ko ni jiwa halus gak erk..puas aku cari ko sblum aku berangkat balik ke penang..tp tak jumpa…aku kirimkan kek tu pada sal..die cakap ko nangis teruk pastu…ko mmg tak snggup hadapi perpisahan sbb tu ko sorokkan diri…klu la aku tau itu ari terakhir aku bertemu ko, akan aku cari ko smpai jumpa, aku nk peluk ko..skang aku rindu gila dgn ko wei..rindu sgt2….
Lepas tu msg2 dapat smbung study, aku teruskan cita2 aku sbg guru, n ko ikut rancangan akak ko amik sivil engineering…ko send gambar terbaru ko…ko cakap ko smakin cantik skang.kulit halus bak sutera..ko ni mmg klakar..hehehe….kita slalu berhubung, n aku slalu jadikan saat2 ko nangis teruk n nyorok time last kat matrik sbg modal utk aku gelak n nyakat ko..setiap kali besday ko, mesti aku akan ungkit kisah tu…mesti ko geram ngan aku kan…heheh..bnyk kali kita rancang utk jumpa, tapi masa tak mengizinkan…tetiba tiada lagi msg dari ko, email dari aku pn dah tak berbalas, frenster ko sunyi sepi..ko senyap camtu je…aku igtkan ko bz study…ko jnji nak trun png..tp ko senyap je pas tu…persabatan kita jd hambar..dh tk rancak lagi dh…
tiba2 bagai taufan melanda, aku trima pekabaran,yang ko dah takde lagi, hancur luluh ati aku masa tu wei..tak sangka dah hampir 5 bulan ko pergi baru aku dapat tau ttg kemalangan yang meragut nyawa ko…patut la,dah takde lagi mms wajah cantik ko,patut la dah takde lagi berita dari ko…serius aku rindu ngan ko skang…serius aku terasa sgt2 kehilangan…
ko ckp ko nak kawen after abis study, kadang2 aku tertunggu kad kawen dari ko…gile kan aku?…mane mungkin kad ko akan smpai ke umah aku…aku tertunggu2 nk wish besday ko lagi,tertunggu2 nama ko naik kat hp aku…azam serius aku rindu ko..tadi aku tgk gambar2 saat kita bersama…saat study dalam library, saat main lif, saat jamuan akhir sem…saat dlm kuliah…Azam@maya aku rindu ko wei… aku doakan smoga roh ko bersemadi bersama org2 yang beriman.. sesungguhnya aku berterima ksih pada tuhan sbb telah meminjamkan ko utk aku walaupun hanya sementara..ko adalah insan yang terindah yang sukar di cari ganti…miss u damn much …
Friday, October 15, 2010
SABAR: BENARKAH ADA BATASAN??? AKU PERLUKAN SABAR TAHAP INFINITI
Posted by gurlz_meowth at 7:36 PM 2 comments

Aku rasakan macam baru semalam aku menamatkan pengajian ku di USM, baru seminggu menjadi pendidik baru sebulan menjadi warga yang bkerja. Tapi pada hakikatnya, lagi beberapa hari ja lagi maka genap la setahun aku menjadi warga pendidik di bumi Malaysia ni.
Apakah yang menariknya menjadi CIKGU??
Jawapan cliché yang slalu kita dengar “seronok dapat mendidik n berbakti kepada anak bangsa”… Masalahnye betul ke seronok?? Kalau seronok kenapa seringkali aku t’dengar bunyi rungutan serta keluhan daripada kebayakan guru tentang bebanan kerja yang mereka perlu di tangggung?? Kalau ikhlas ingin berbakti n mendidik, kenapa kerap kali aku t’dengar ada insan yang bgelar guru menolak kerja lebih masa, menarik muka tatkala nama tersenarai sebagai tenaga pengajar bagi kelas2 tambahan??
Sebenarnya bukan niat aku untuk mengata apatah lagi menunding jari kepada sesiapa, kerana aku sendiri pun tidak terkecuali dalam golongan yang sebegitu.. Kadang2 niat suci ku untuk mendidik, bertukar menjadi debu2 yang bertaburan di angkasa tatkala bebanan kerja mula menimbun, ditambah pula dengan kerenah ‘anak2’ yang tak diduga. Kerap kali aku bermuhasabah diri, cuba mencari semula jati diri aku sebagai pendidik yang kadang2 mula goyah. Aku cuba mengumpulkan semula kekuatan, menyucikan hati dan niat yang kian pudar dengan mencari apakah nilai utama yang perlu ku bawa n bekalkan supaya jiwa ku kental menghadapai sebarang kemungkinan yang tak di duga di sekolah agar niat yang baik dapat di teruskan.
Elemen yang paling penting utk aku bawa adalah SABAR. Itu lah bekalan yang perlu di bawa serta kunci bagi semua permasalahan hati dan jiwa yang berlaku dikalangan cikgu-cikgi masa kini. Tapi sejauh mana kita boleh bersabar??? Tepuk dada Tanya lah iman.
Ayuh kita tinjau situasi yang pernah berlaku terhadap aku sendiri bahkan mungkin cikgu-cikgi yang lain:
Loceng mula berbunyi seawal jam 7.30 pagi. Aku datang ke sekolah dengan semangat yang b’kobar2,hendak menurunkan semua ilmu yang ada kepada ‘anak2’ didik ku. Segala macam p’sediaan telah dibuat bukan 10 minit sebelumkelas bermula,tapi sehari semalam sebelum kelas bermula. Dengan beg yang berat di kiri dan kanan bahu,nota2 yang di ringkaskan khas, maker pen b’warna-warni, peralatan bantuan mengajar yang pjg, besar dan pendek suma nya di bw semata2 utk memudah2 kan ‘anak2’ dalam sesi P&P nnti.. Niat dibetulkan.. “aku betul2 nak mereka suma ni paham segala apa yang terkandung dalam tajuk ni”. So dengan segala persediaan maka aku pun mula la melangkah masuk ke dalam kelas.
Respon pelajar: langsung tidak mempedulikan kehadiran aku di situ. Tiada ucapan selamat pagi, bahkan boleh lagi bergurau senda, b’tepuk tampar di hadapan aku. Bukan la mintak dihormat seperti raja.Cukuplah sekadar mereka sedar aku ada di situ. Tapi takpela..SABAR..
Selepas kelas kembali tenang, aku pn memulakan mukhadimah pembelajaran dengan meminta pelajar mengeluarkan buku nota sebagai persediaan untuk menyalin perkara2 yang penting.
Respon pelajar: Cikgu sy tak mau belajar…Cikgu saya tak bawa buku..cikgu saya nk ke tandas…mood serta semngat aku yang berkobar2 tadi luntur sedikit…tp takpela…SABAR…
Aku menenangkan keadaan dan cuba sedaya upaya mengatasi kemalasan tahap gaban segelintir ‘anak2’ aku ni dengan memberikan mereka salinan nota agar dapat digariskan segala isi yang penting.
Respon pelajar: ada yang ambil dan conteng, ada yang ambil kemudian sambung tidur, dan ada yang tak nak ambil langsung..Tp takpela..SABAR..
Aku terus kan mengajar, sambil menyelitkan sedikit selingan bebelan ‘keramat’. Bukan niat untuk marah tapi sebagai teguran agar mereka tidak menyesal di kemudian hari. Walaupun kadang2 terasa seperti mengajar dinding2 kelas, tapi aku gagahi jua. Aku akn mengulangi semula apa yang di ajar, di tutur setiap kali mereka hilang focus..Kadang hampir berbelas kali..Tp takpela…SABAR…
Respon belajar: sebaik saja loceng berbunyi menandakan waktu telah tamat, kelihatan ada kertas nota yang di beri betaburan di bawah lantai., ada yang berbekas tapak kasut.. Tp takpela..SABAR…tiba2 sebelum aku melangkah keluar dari kelas, ada seorang pelajar merapati aku, “cikgu boleh tak ulang balik apa yang cikgu ajar tadi nnti.. arini saya tak larat..jadi saya tak dengar apa yang cikgu ajarkan”…Wajarkah aku bersabar lagi sekarang?????aku bersengkang mata mencari bahan untuk mereka, berhabis duit mebekalkan nota untuk memudahkan mereka, b’korban masa berhibur untuk diri sendiri semata2 untuk mereka..dan hasilnya, bukan ucapan terima kasih yang ku terima tetapi ‘sebuah penghargaan’ yang tak di duga..
Adakalanya aku mampu bersabar sehingga tamat sesi pesekolahan dengan senyuman dari hati yang ikhlas..Namun aku hanya insan biasa, Sabar ku bukan ditahap infiniti.. Kini bila hampir genap setahun aku menjadi cikgu cikgi, aku mengharapkan SABAR yang ada di dalam hati aku tiada batasan dan aku benar2 ingin memiliki SABAR yang ditahap infiniti….MoGa tuhan memakbulkan permintaan ku, serta mengental kan jiwa ku dalam mengharungi liku2 hidup sebagai seorang pendidik anak bangsa.
Wednesday, May 26, 2010
Trouble Is A Friend
Posted by gurlz_meowth at 8:25 AM 0 comments

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh
Songwriters: Kripac, Lenka; Salter, Thomas;
Friday, May 21, 2010
~MY liFe as Cikgu-CIkGi~
Posted by gurlz_meowth at 8:59 PM 1 comments
SITUASI PERTAMA
Anak2 cikgu sekalian, inilah yang bakal terjadi sekiranya kamu menjadikan amalan merokok sebagai rutin kamu. Kapas yang bertukar menjadi hitam ni ibarat peparu kamu. So, kpd sesapa yang berkenaan, benti la merokok, syg kamu masih muda, rosakkan diri ngan menda tak elok ni.
Reaksi pelajar,
Pelajar 1: Cikgu , sy mmg tak isap rokok, baik tak sy??
Cikgu: Hmm bagus la klu camtu. Cikgu pesan tadi utk org yang isap je..
Pelajar 2: Cikgu, sumpah sy tak isap rokok.
Cikgu: Tersenyum sinis ngan pengakuan sumpah pelajarnya tanpa di minta.
Pelajar 2: Cikgu tak percaya sy ke? Sumpah cikgu sy dh benti masa sy f2 lagi sbb kantoi ngan mak sy.
Cikgu: Klu tak kantoi maknanya kamu masih isap lagi la skang?
Pelajar 2: Yang pasti nya sy dah benti skang. Sumpah ckgu sya dah tak isap rokok.
Pelajar 3 : Sy dah isap rokok sejak darjah 6 lagi cikgu. Ok ja saya sampai skang. Sihat je pun.
Pelajar 4 : Wow rokok!!...Cikgu wat demo lagi skali..best la tgk asap rokok.
Macam2 komen n kerenah drpd students aku bila aku demo kesan buruk merokok kepada dorang.
Selepas 2 mggu kejadian ini berlaku,
Pelajar 2: cikgu sy nak mintak maaf dengan cikgu.
Cikgu; kenapa? (penuh kehairanan)
Pelajar 2: Sy sumpah tak isap rokok ari tu. Tp semalam sy isap. Tp bukan rokok, syisya..
Cikgu: Beriya je bersumpah ari tu.. Lain kali jgn main2 ngan perkataan sumpah, tak baik.
Pelajar 2: Betul ckgu sy tak isap rokok. Semalam tu syisya.
Cikgu; Samala tu..lebih kurang je..
Pelajar 2: Owh kira sma erk cikgu..Sy mintak maaf cikgu.
Cikgu: hanya tersenyum
p/s: Anak2 cikgu, yang dah terjebak atau baru cuba2 berjinak ngan budaya merokok ni.. bhenti la kalau boleh. Coz klu dah tua baru niat nak berhenti, susah sgt sbb dah sebati dalam jiwa. Pendek kata tak payah la…
SITUASI KEDUA
Cikgu: Anak2 sekalian amik tempat masing2, ckgu nak mulakan kelas dah ni. Kutip sampah kiri, kanan, depan n blakang kamu.. Keluarkan buku math di atas meja. Buku subjek lain sila simpan di bawah meja. Today we will learn about new chapter, Ratio.
Pelajar 1 : Cikgu ckp la bahasa melayu.
Pelajar 2: Masih nyenyak tdo.
Pelajar 3: Cikgu, kita tak payah belejar la ari ni. Sy penat.
Cikgu: bukan ke kelmarin dah cakap tak nak blajar, so ari ni blajar la ckit..Ckit je.tak bnyk pun..bleh erk..kuarkan buku skang.. (dalam nada memujuk)
Pelajar 3: Ok, sy bljar ckit je ya cikgu. Jangan bagi soalan banyak2 kat sy. Minggu lps sy dah wat 5 soalan dah.
Cikgu: Memantau dari satu meja ke satu meja, bagi memastikan semua pelajar nya menyediakan buku math yang betul di atas meja. Untuk pengetahuan jumlah pelajar lebih kurang 33 org, maknanya cikgu berjalan dari satu meja ke satu meja sebnyak 33 kali. Selepas pelajar kelihatan bersedia cikgu memulakan sesi P&P. Anak2 sekalian, kita guna buku B tau…only book B…buku ape??
Pelajar: Buku B.
Cikgu pun menyalinkan sedikit nota di papan hitam utk disalin oleh pelajar.
Pelajar 4: Cikgu kena salin ke?
Cikgu: Ye syg, salin dalam buku B.
Cikgu memberi masa utk pelajar menyalin nota sebelum membuat penerangan.
Tiba2..
Pelajar 5: Cikgu, guna buku B ke??
Cikgu: Ye….salin cepat dalam buku B.. write in ur book B.. (menjawab dengan penuh kesabaran, masuk ni sbnrnya lebih dari 10 kali aku menjawab soalan yang sama.
Sesi P&P di jalankan dengan penuh bersungguh2, even terpaksa ulang perkara yang sama berulang2 kali. Masuk soalan yang ke 7.
Cikgu: Kamu tak paham ke? Kenapa tak cuba jawab n tutup buku, meh cikgu tunjukkan cmna nk wat.
Pelajar 3: Cikgu, sy dah salin 5 soalan tadi, sy wat sendiri semua. Cukupla untuk hari ni. Janji sy dah wat kan ckgu..
Cikgu: wat la ckit lagi.
Pelajar 3: Tak mau dah la cikgu, sy penat.
Cikgu: Ok la. Nanti bila rasa nk belajar, datang jumpa cikgu. Hope ari esk kamu lebih rajin.
Cikgu terpaksa membiarkan pelajar tersebut, kerana perlu melayan kerenah pelajar lain yang mahu belajar.
Begitulah sedikit rentetan rutin hidup sebagai Cikgi di sebuah sekolah. Hope Allah mengurniakan aku sejuta kesabaran dalam melayan n mendidik anak bangsa ku untuk berjaya. Kalau tak pandai, sekurang2nya jadi insan yang baik n disenangi ramai pun dah cukup..








