Sunday, March 21, 2010

Ya Rasulullah~

Entry kali ni aku ingin berkongsi sesuatu yang telah sekian lama aku cari. Rasanya nasyid ni dah lama publish.So bagi insan2 yang memang minat dgn genre nasyid mesti sudah familiar dgn nasyid yang aku ingin kongsikan ni..
Actually hati aku mula tertambat dengan lirik serta melodi nasyid ni sewaktu aku dalam perjalanan pulang dari pasar. Secara tak sengaja je pun, tetibe keta aku dapat channel IKIM (signal IKIM mmg susah nak dapat kat area png ni). Aku pun layan je la. Macam biasa bila dah bosan dengan Channel tu, jari-jemari aku pn gatal la nk ubah ke channel yang lebih HOT..heheh. Tapi tetiba hati aku tersentak, jari-jemari ku kaku seketika, jiwa aku menjadi sayu disaat nasyid ni mula ke udara.. Aku sendiri tak tahu kenapa, hati aku bagai di runtun pilu, terasa sayu sangat dengan cara penyampaian serta lirik nasyid ni. Hati aku betul2 terpanah dengan setiap butiran kata yang ada dalam lirik nasyid ni.
Tidak puas rasanya hanya mendengar sekali nasyid ni. Jadi aku pun memulakan modus eperandi aku, cuba mencari nasyid tersebut di internet untuk dimuat turun sebagai simpanan peribadi. Malangnya tak jumpa pun, coz aku tak tak tau langsung tentang tajuk n penyanyi nye. Lain yang dicari lain yang aku jumpa. Aku mula putus asa.
Selepas berbulan lama nya peristiwa ini berlalu, hati ku terpanggil semula untuk meneruskan pencarian. Akhirnya pencarian ku membuahkan hasil..
Sehingga hari ini, hati ku begitu terusik setiap kali aku mendengar dan menghayati bait2 yang terdapat dalam nasyid ni. Sangat menyentuh jiwa.. Lima bintang aku bagi kpd pencipta serta penyanyi nasyid ni.. Aku memang sangat2 suka.

Cuba hayati setiap bait2 lirik ni dengan mata hati:-

~YA RASULULLAH~

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Alangkah Indahn
Ya Hidup Ini
Andai Dapat Kukucup Tanganmu
Moga Mengalir Keberkatan Dalam Diriku
Untuk Mengikut Jejak Langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Kutatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah Indahn
Ya Hidup Ini
Andai Dapat Kudakap Dirimu
Tiada Kata
Yang Dapat aku Ucapkan
Han
Ya Tuhan Saja Yang Tahu

Kutahu Cintamu Kepada Umat
Umati Kutahu Bimbangn
Ya Kau Tentang Kami
S
Yafaatkan Kami
Alangkah Indahn
Ya Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu

Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah S
Yafaatmu

0 comments:

Previous Post Next Post Back to Top