Wednesday, December 26, 2012

CuBA MeLangKah Ke FAsa BarU....

Begitu cepat masa berlalu,sudah hampir genap setahun usia hubungan ku dengan si Dia terjalin. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kami akan melangkah ke fasa yang baru. Debaran hati makin kuat terasa, setiap minit,setiap saat terasa begitu pantas sekali. Bersediakah aku mengharungi kehidupan bersamanya? Mampukah aku memikul tangggungjawab ini??

Ini lah perjudian hidup yang paling besar aku lakukan… membawa diri keluar daripada kepompong mak dan abah,seterusnya menyerahkan diri untuk di didik,di pimpin oleh insan bernama suami. Tinggi harapan ku, agar masjid yang bakal di bina kekal utuh, walaupun di tiup badai dan taufan.

Puisi ini buat ‘kamu’ insan yang bakal menjadi imam ku nanti…


Ketahuilah oleh mu, hatiku sedang bergolak,
Ketahuilah oleh mu,jantungku kian berdegup kencang,
Ketahuilah oleh mu, minda ku sedang giat berjalan,
Mencari suatu jawapan, mencari suatu kepastian, mencari ketenangan…
Tatkala menanti saat kita di satukan,

Ketahuilah oleh mu,
bukan emas permata yang aku pinta,
Bukan juga pangkat dan harta,
Apa ntah lagi paras dan rupa,

Ketahuilah oleh mu,
Yang ku dambakan, hangat kasih mu,
Keikhlasan hatimu dalam mendidik ku,
Kecekalan jiwa mu dalam mengemudi ‘bahtera’ kita,
Keterbukaan hati mu dalam mengimamkan setiap solat ku,
Kesanggupan mu menerima segala kebaikan dan keburukan ku,

Ketahuilah oleh mu,
Sampai saat kita disatukan nanti,
Aku bersedia menabur bakti,
Kepada kamu…insan yang bernama suami….


Friday, December 14, 2012

NiLai SeBuaH PerSaHaBaTAn...

Sahabat atau lebih popular dengan perkataan BFF- Best Friend Forever merupakan insan yang agak penting dalam mewarnai jalan kehidupan ku. Ada yang muncul sedari aku kanak2, ada yang muncul sewaktu aku sudah mengenal apa itu erti kedewasaan... Bagi aku sahabat merupakan insan yang mampu menerima segala buruk dan baik yang ada pada diri kita.Mereka juga sentiasa ada tatkala suka dan duka. So entry kali ni, aku create khas untuk insan yang bernama SAHABAT.... Kelemahan aku,aku sangat tidak pandai mentafsir jalan walaupun peta ada di depan mata. Darah seolah2 berhenti mengalir, nafas seolah2 tersekat2 setiap kali aku melalui kawasan perumahan..nak pulak kalau kawasan tu ada banyak deretan rumah teres. Semua jalan dan lorong aku nampak sama ja. Pernah sekali aku hantar sorang student balik rumah, padahnya bila aku nak cari jalan pulang tak jumpa...3-4 kali aku pusing, asyik jumpa jalan dan rumah yang sama ja..haih, penyakit buta jalan aku ni memang sangat kronik. Dulu masa awal2 belajar drive balik rumah sendiri pun boleh sesat..heheh..itu lah aku..Mungkin sebab itu la tuhan menganugerahkan sahabat yang sangat memahami kekurangan aku yang satu ni. Selalunya kalau travel ke mana2 tak kisah la jauh or dekat, merekalah yang akan menjaga aku...menjadi pemandu arah dan jalan yang setia..10 kali lupa pun meraka tetap bersabar dan gigih membantu aku...Tak pernah sekali pun kena marah...waktu zaman sekolah, orang yang ajar aku naik bas awam, meizon, aku hanya mengekor di belakang. Bertahun2 naik bas yang sama pun kadang2 bila ketiadaan meizon aku boleh tersalah naik bas..heheh.. Bila bergelar siswazah,masalah yang sama masih menghantui aku. Masa ni aku study kat usm, Penang.Dalam group aku, aku la yang paling malas untuk bergerak. Nama ja anak jati Penang, tapi mana2 tempat pun aku tak pandai nak terjah. Yang aku tau masa tu,Perangin mall ataupun Megamall,sebab dua tempat tu ja yang aku slalu p ngan meizon time sekolah dulu. Mujur tuhan masih sudi anugerahkan sahabat2 yang memahami aku kat usm, yang akan bawa aku berjalan2 dengan motor mereka.. Sal hantar n jemput aku ke kelas,nazwa sudi membonceng aku time nak men bowling, zira hantar aku wat kerja2 luar,azza carry aku ke bus stop,bud & sue, slalu updatekan tempat2 yang baru, elly sudi bawa aku p cafe cari makan, dan mai merangkap coursemate,housemate n segala ".."mate lagi la slalu sudi ja menjaga timetable, n ingatkan aku tentang posisi kelas tutorial..heheheh..punya la kronik penyakit aku ni..Kelas n dewan kuliah pun kadang2 aku boleh silap. Yang paling aku benci kalau ada kelas dalam bangunan "school of education",bukan subjek yang jadi masalah,sebab slalu dapat A..heheh...tapi kedudukan kelas n pejabat yang agak memeningkan..serius aku cakap,even 4 tahun aku turun naik bangunan tu,aku masih lagi bleh sesat..Setiap kali nak p kelas, aku akan make sure mai sebagai penunjuk arah.. Terima kasih mai, kerana sabar dengan kekurangan aku..sebab tu la kita masih bersama sampai sekarang..heheh.. kawan2 usm setia menjaga aku..serius aku terharu dengan keperihatinan anda semua.
Reverse ckit dengan kisah hidup di matrik, masalah jalan tidak menjadi masalah utama buat aku. Sebab dekat gopeng, datang asrama abah hantar, nak balik abah jemput..hehehe..memori yang aku masih ingat sampai sekarang adalah masa hari pertama aku di matrik. Ni la kali pertama aku tinggal di asrama.Posisi bilik aku,dekat sangat dengat toilet a.k.a tempat mandi,berak & kencing. Selepas sesi orientasi, aku bersama baldi hijau dengan yakin nya melangkah ke toilet untuk mandi,dalam hati "mujur bilik dekat ngan pintu toilet, tak la aku sesat cari jalan pulang ke bilik". Sesi mandi di asrama berjalan dengan lancar. Dengan keyakinan yang penuh didada aku melangkah keluar..tiba2 jantung aku berdegup kencang,aku tak jumpa bilik aku.sedangkan jarak pintu toilet n pintu bilik aku hanya beberapa langkah.aku toleh kiri,toleh kanan dan masuk semula ke toilet,cuba lagi cari jalan keluar yang sebetulnya.Rupanya2 toilet ni ada empat pintu utama mengikut wing yang berbeza...masalahnya aku sesat sebab aku masuk pintu lain, aku keluar pintu lain..malam tu bila nak p toilet, aku kira langkah,kiranya macam hafal jejak..cukup seminggu baru aku mahir selok belok dalam toilet tu..heheheh...nak cakap kat org masa tu malu...dlm toilet pun bleh sesat... Sebenarnya sampai sekarang kalau aku masuk toilet yang besar macam kat RnR, supermarket, aku mungkin akan mengalami masalah yang sama, masuk pintu lain keluar pintu lain. So langkah yang lebih selamat, better p beramai2. or lebih baik aku tahan ja 'hajat' sampai balik umah. Sekarang aku sudah meningkat dewasa,dalam keadaan aku yang 'buta jalan',Alhamdulillah,tuhan masih memberi aku kesempatan untuk jalan2 keluar dari kawasan penang ni.Dalam erti kata yang lain, even buta jalan tak bermakna aku tidak boleh pergi makan angin. Dengan bantuan peralatan canggih lagi terkini GPS serta sahabat yang sangat memahami aku telah berjaya menikmati percutian yang menarik. Kalau berjalan ngan geng GaMBIR, aku tak perlu risau, kerana banyak sgt Pilot..aku hanya menumpang di belakang sambil memegang GPS..heheh..kalau aku yang jadi pilot semua akan berjaga memastikan lorong yang aku ambil betul semuanya..banyak juga tempat yang berjaya kami terjah bersama.. Kalau sesi berjalan dengan pah,meizon n ena..aku tak perlu risau. kerana meizon akan jadi GPS yang sangat kami percayai...Disaat dia memandu, aku,pah, n ena akan rancak berborak tanpa mengambil tahu jalan apa yang meizon pilih..Kami memang sangat percaya kan kebolehan dia yang satu ni. Pah n ena, actually lebih kurang aku ja..cuma masih dalam kawalan dan tak sekronik aku...heheheh
Sahabat,terima kasih kerana menerima kekurangan aku seadanya dengan penuh rasa sabar. Dan aku!!!apa sumbangan aku untuk persahabatan kita???? Aku tidak mampu menilai diriku sendiri..yang aku pasti,mungkin sumbangan kita tidak sama, oleh sebab itu kita dilahirkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. wahai sahabat,ntah bila waktu n saat kita dipertemukan..tidak ku peduli siapa yang hadir awal atau pun lewat dalam kisah hidupku..yang pastinya aku tahu sahabat sebenar, adalah insan yang hadir tetapi tidak pernah niat akan pergi dari kisah hidupku.... Kini, disaat aku mula melangkah jauh ke fasa yang seterusnya a.k.a kawen..aku harap bakal suamiku pun dapat menerima kekurangan segala kekuranganku.. Aku yakin,jika benar dia jodoh yang tertulis buatku, maka dialah "SAHABAT a.k.a BFF" serta "PENUNJUK ARAH",yang terbaik yang dihadiahkan oleh tuhan bagi melengkapi kehidupan ku selepas ini....

Friday, April 13, 2012

Dewasa kian merumitkan aku

Bersawang2 ruangan blog aku. Sepi tanpa sebarang berita dan cerita yang baru. Malam ini aku memaksa jari-jemariku untuk menari di ruangan papan kekunci bagi mencoretkan isi hati yang kian menyerabutkan jiwa.
Semakin kita meningkat usia, semakin banyak bebanan yang perlu digalas sehingga adakalanya tak tertanggung oleh akal dan kudrat. Aku sedang mengalami fasa kedewasaan itu. Banyak yang masih belum difahami,banyak yang masih belum terungkai,banyak juga persoalan yang timbul tanpa ku tahu dimana jawapannya. Dugaan hidup yang melanda, adakalanya membuat aku hampir rebah jatuh menyembah bumi. Aku perlukan kekuatan, jiwa ku perlukan santapan, hatiku perlukan ketenangan dalam mengharungi lautan kedewasaan yang amat merumitkan. Ya Allah, Ya rahman pimpin lah daku tatkala aku tidak mampu menapak berdiri..kuatkan hatiku tatkala ia terluka sakit terhiris..dan hembuskan lah kekuatan dalam diriku agar aku mampu menerima segala dugaan di kedewasaan ini dengan tabah dan tenang......

Sunday, December 18, 2011

Dua HaTi


Agak lama menyepikan diri. Jari-jemari pun sudah terasa agak kekok tatkala menaipkan kata-kata di blog ini. Otak mula tepu,kering dan kontang. Hati dan jiwa berdetak dengan perlahan namun tidak seirama. Fikiran kusut,perasaan pula kian bercelaru. Detik masa seakan begitu pantas berlalu meninggalkan aku. Dua hati meminta keputusan, Dua hati meminta perhatian, dua hati meminta ruang dan peluang dan kini, dua hati meminta jawapan yang pasti. Bagaimanakah ku bisa membuat pilihan tatkala kedua-duanya begitu baik terhadapku. Kehadiran mereka merupakan anugerah terindah dalam hidup ku. Kuatkah aku utuk mengorbankan salah seorang daripada mereka?? Adil kah aku dalam membuat pertimbangan dan keputusan???

Sunday, August 14, 2011

Rasa itu muncul lagi


Perasaan itu muncul lagi,
Puas sudah ku menepis,
namun rasa itu masih kuat menggoncang jiwa,

Tatkala perasaan itu muncul kembali,
Mindaku pastikan bercelaru,
Persoalan demi persoalan datang bertalu,
Menjengah di setiap pelusuk hati ku,

Perasaan itu muncul lagi,
membuat nafas ku seakan terhenti,
Langkah ku menjadi kaku,
senyum ku seakan kurang manisnya

Resah...gelisah...bingung..
Mencari jawapan yang pasti,
Adakah rasa ini benar layak untuk ku??
atau hanya sekadar mainan buat jiwa yang kosong

Kini tatkala perasaan itu datang menjengah lagi,
aku nekad untuk berhadapan,
merungkai semua kekusutan yang melanda,
menghadapi semuanya dengan penuh kekuatan di jiwa..

Ya Allah andai rasa ini layak untuk ku,
kau berikan la aku kekuatan untuk menghadapi nya.
Namun seandainya rasa itu bukan milik ku,
kau bawalah rasa itu pergi bersama angin yang lalu...


Sunday, April 24, 2011

Padamnya sebuah api kemarahan...

Entry kali ini, masih lagi berkisar tentang perjalanan hidupku sebagai seorang guru. Ingin aku kongsikan di sini bagaimana suasana yang aku lalui ketika mengajar 'anak2' yang kedudukan kelasnya agak tercorot. Jumlah pelajar yang mencecah 30++ orang bukan la menjadi masalah buatku. Begitu juga dengan nisbah pelajar lelaki yang melebihi pelajar perempuan. Semuanya tidak menjadi isu yang besar bagi ku. Bagi aku semua pelajar adalah sama. Semua insan tercipta dan di cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Aku tekad untuk membantu mereka walaupun aku sedar mereka sudah jauh di belakang. Aku tidak mahu mereka terus tersisih, aku tidak mahu mereka terus di pandang rendah. Ya sungguh kuat keazaman ku, sungguh tinggi matlamat yang ingin ku gapai bersama mereka.
Namun semuanya tak semudah yang di sangka tak seindah yang di rancang. Aku kerap kali hilang arah tatkala cuba menguruskan mereka. Kenakalan mereka di luar jangkauan, bak kata pepatah 'out of box'. Kerap kali aku terkesima dengan tingkah laku mereka yang tak terduga. Mereka ibarat remaja yang terperangkap di alam kanak2. Kesabaran yang tinggi amatlah di perlukan.
Setapak aku melangkah ke kelas, mereka sudah tak tentu arah. Ada yang berlari, ada yang menjerit, ada yang berkejar-kejaran ada juga yang sedang menangis. Aku perlukan hampir 15 minit untuk pastikan mereka semua berada dalam kelas. Pintu kelas perlu di kunci agar pergerakan mereka sedikit terbatas. Aku menarik tangan seorang demi seorang agar duduk di tempat masing2. Keadaan susunan meja bertaburan, sampah di merata-rata, kerusi pula ada yang tertungging tertiarap. Pelajar aku arah kan untuk berdiri dan memberikan ucap selamat, bagi mengajar mereka erti hormat pada orang yang lebih tua. Sebelum semua pelajar di benarkan duduk, akan aku pastikan semuanya dalam berpakaian kemas. Pelajar lelaki aku periksa seorang demi seorang agar memasukan baju ke dalam seluar, biar kemas dan bersih. Sesi P&P acap kali terganggu dgn jerit pekik drpd mereka.. Bukan tidak di tegur, tetapi kesan nya tak lama.selepas 5 minit keadaan akan menjadi haru biru kembali.
Ada pelajar yang main baling2 sampah. Aku tidak paham apakah keseronokan yang mereka dapat dengan tindakan membaling sampah..Tiba2 sewaktu aku menulis di papan hitam, aku terasa ada sesuatu yang telah jatuh ke atas kepala aku...bila di toleh, salah satu balingan kertas telah t'sasar ke arah aku... ya tuhan...
Pernah satu ari, aku tercari2 pelajar yang slalu aku tarik telinga kerana nakal yang terlampau..pelik setiap kali aku paggil nama pelajar tersebut, kerusi aku akan bergerak. Kali kedua aku panggil pn kerusi aku bergerak lagi...bila aku toleh ke bawah kerusi, rupanya2 pelajar tersebut ada di belakang kerusi aku dlm keadaan mencangkung sambil cuba menarik kerusi aku sekali lagi.
Dengan riak muka yang slumber pelajar tersebut berkata..."ringan jugak kan cikgu ni"..

macam2 kerenah tak terduga yang telah dorang lakukan sepanjang aku mengajar..Kelas pernah basah dek kenakalan mereka..Meja kerusi patah dan terkulai layu sudah menjadi perkara biasa..Rasa marah dan geram tidak terkira banyaknya..aku kerap kali 'lost' dalam kenakalan mereka.. Namun ada satu yang ada pada mereka yang tiada pada pelajar kelas lain..Setiap kali tamat kelas, huluran salam dari wajah2 yang tidak pernah ada rasa bersalah telah membuatkan api amarahku gugur satu persatu. Keikhlasan huluran salam daripada mereka buat aku terus lupa apa saja yang telah mereka lakukan sepanjang aku berada dalam kelas.

Saturday, March 19, 2011

Jangan samakan kerjaya ku dengan kerjaya orang lain…

Aku seorang ‘GURU’. Aku tak punya pejabat sendiri walaupun status kerja ku sebagai seorang ‘pegawai’. Kerjaya ku di anggap lekeh kerana tempatnya adalah di sekolah . Suara serta tindak tanduk ku adakalanya di pertikai hanya kerana aku seorang guru.Tahukah mereka aku juga punya ijazah. Tahukah mereka aku juga punya kelayakan.

Kerjaya guru perlukan pengorbanan. Guru juga perlu terus kuat bertahan. Keikhlasan perlu bertunjang dihati, agar tugas dapat berjalan dengan lancar. Aku tak punya elaun tambahan utuk kerja lebih masa walaupun jerih keringat ku di perah hingga melebihi waktu yang sepatutnya. Kerja ku bukan sekadar mengajar, tetapi memantau kenakalan anak2 mereka. Tugas ku bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga memberi kasih sayang serta perhatian.

Jadi jangan samakan kerjaya ku dengan kerjaya org lain kerana hanya mereka yang melalui akan memahami apa yang di maksudkan dengan kerjaya seorang GURU.

GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Thursday, February 10, 2011

Tak KeNal Maka Tak CintA

Banyak cerita yang kurang enak aku dengar tentang ‘mereka’ sebelum ni. Pelbagai kerenah yang ‘mereka’ lakukan sehingga ada yang menitis air mata kerana ‘mereka’. Ada juga yang merajuk dan terasa hati dek kerana kenakalan ‘mereka’. Baik cikgu yang muda, mahu pun yang tua, komen mereka hampir sama.. ‘mereka’ susah di kawal, susah dibentuk.

Aku hanya melihat, mendengar dan membuat kesimpulan awal sendiri. ‘Syukur’ aku tidak ditakdirkan untuk ‘handle’ mereka. Tetapi hari tak selalu cerah, langit tak selalu berbintang, macam tu jugak la dengan takdir perjalanan hidupku. Aku telah ditugaskan untuk mengajar mereka untuk subjek yang berat dan agak kritikal. Dengan segala macam cerita yang aku dengar sebelum ni, aku mula cuak untuk memulakan tugas aku untuk mendidik mereka. Pelbagai pertanyaan bermain di benak fikiranku.

“adakah aku bakal menerima nasib yang sama seperti rakan setugas ku sebelum ni?”

“Boleh kah aku mendapat kerjasama yang baik daripada mereka?”

“Adakah mampu aku memikul tanggungjawab ni dengan berkesan?”

Namun jauh di sudut hati ku, telah ku tanamkan satu azam, ‘aku datang untuk membantu mereka’. Perjalanan hidup mereka masih jauh ‘aku perlu tarik mereka daripda terus hanyut’. Aku tak mahu mereka menyesal seperti mana aku pernah rasai dulu.

Jadi aku memulakan hari pertama ku di kelas ‘mereka’ dengan prinsip yang mudah, “Jikalau tidak mampu menjadi yang terbaik dalam akademik, cukuplah sekadar menjadi yang terbaik dalam tingkah laku dan tutur bicara”. Aku cuba buang jauh2 segala persespsi yang tidak baik tentang mereka sebelum ni. Tangan ku hulur dengan penuh keikhlasan, bersama harapan yang menggunung agar mereka berubah menjadi yang lebih baik.

Benar kata pepatah ‘tak kenal makan tak cinta’. Kini setelah hari silih berganti, kesungguhan yang dipamerkan oleh ‘mereka’ untuk berubah mebuatkan aku jatuh hati. Memang tidak dinafikan adakalanya kelas agak tidak terkawal, dengan kenakalan mereka, namun aku masih mampu terima semua itu dengan hati terbuka. Ya tuhan, “Sumpah hati ku tersentuh dengan kesungguhan mereka”. Mungkin ‘mereka’ bukan yang terbaik, tetapi ‘mereka’ telah cuba yang terbaik.

Tapi di saat hati ku sudah mula terpaut, perasaan sayang pun kian bercambah, jodoh kami pula tidak lama. Aku telah dipertanggungjawabkan utk mengajar kelas yang lain. Sedih untuk meninggalkan, kerana masih ada yang terperangkap dalam dunia ciptaan nya sendiri. Namun apa kan daya, tugasan ku terhenti sampai disaat ini sahaja.

Kepada ‘mereka’,terima kasih cikgu ucapkan atas segala kerjasama yang kamu semua telah berikan. Teruskan perjuangan, walaupun kita tidak lagi bersama, doa cikgu sentiasa mengiringi perjalanan hidup kamu. Buat insan yang masih lagi dalam lena, bangun lah, masih belum terlewat untuk perbaiki semuanya. Dan buat kamu insan yang terperangkap dlm ‘dunia’ ciptaan kamu sendiri, keluarlah dari dunia itu, mulakan idup baru.Susah untuk kamu melangkah di masa hadapan kalau kamu asyik leka dengan dunia mainan kamu sendiri..

Tuesday, December 14, 2010

Yang Comel itu indah... (episod 3)

Entah kenapa sejak akhir2 ni mata ku sering tertarik ngan sesuatu yang 'cOmeL'... Jom layan koleksi gambar yang aku search untuk simpanan peribadi.








20 Luahan iSi Hati seoRang insan yang BernaMa LElaki

1. Tidak Semua lelaki seperti David Blaine.Jadi jangan harap kami boleh membaca isi pikiranmu ketika kamu membuat reaksi tanpa suara. Apa susahnya kalau cakap: "Aku Lapar, Aku minta dibelikan pakaian, Tolong rayu aku...!!"

2. Hari ahad adalah waktunya rehat setelah 6 hari bekerja, jadi jangan harap kami mahu menemani kamu seharian jalan-jalan ke Shopping Mall.

3. Berbelanja BUKAN sukan. Dan kami tidak akan berpikir ke arah situ.Bagi kami belanja adalah belanja, kalau sudah sesuai terus beli saja, perbezaan harga di kedai A dan B cuma 1 ringgit jadi tak payah keliling bandar untuk cari yang paling murah, buang duit minyak je.

4. Menangis merupakan suatu Ugutan.Lebih baik kami mendengar suara kilat,petir, bom meletup daripada mendengar suara tangisanmu yang membuat kami tidak boleh berbuat apa-apa.

5. Tanya apa yang kamu mahu. Cubalah untuk paham tentang hal ini.Sindiran halus tidak akan dipahami,Sindiran kasar lagi tidak akan dipahami,terang-terangan menyindir juga kita tidak akan paham!Cakap langsung apa salahnya!?

6. Ya dan Tidak adalah jawaban yang paling dapat diterima hampir semua pertanyaan. It's Simple.!!

7. Cerita ke kami kalau mahu masalah kamu diselesaikan.Kerana itu yang akan kami lakukan.kalau Ingin dapatkan simpati saja, cerita saja ke kawan-kawan perempuanmu.

8. Sakit kepala selama 17 bulan adalah penyakit.jadi pergi jumpa dokter!

9. Semua yang kami katakan 6 bulan lalu tidak boleh dipertimbangkan dalam suatu perdebatan. Sebenarnya, semua komen tak laku dan batal setelah 7 hari.Janji kami untuk menyeberangi lautan dan mendaki gunung itu hanyalah klise, jangan dianggap serius.

10. Kalau kamu tidak mahu pakai baju seperti model-model pakaian, jangan harap kita berubah menjadi seperti artis drama.

11. Kalau kamu pikir kamu gemuk, mungkin saja. Jangan tanya kami lagi.Cermin lebih jujur daripada Lelaki.

12. Kamu boleh meminta kami untuk melakukan sesuatu atau menyuruh kami menyelesaikannya dengan cara kamu. Tapi jangan dua-duanya sekaligus. Kalau kamu pikir boleh melakukannya lebih baik, kerjakan saja sendiri.

13. Kalau boleh,cakap apa yang nak kamu cakap ketika iklan saja.Ingat, jangan sekali-kali bercakap apalagi ketika saat tendangan penalti.

14. Kami bukan anak kecil lagi, jadi tidak perlu mengingatkan jangan lupa makan,selamat tidur, dan lain lain.Menurut kami itu hanyalah pemborosan duit topup saja.

15. Kalau gatal kan boleh digaru sendiri. Kami juga boleh tolong.

16. Kalau kami tanya ada apa dan kamu jawab tak ada apa-apa, kami akan berpikir memang tak ada apa-apa. Ingat, seperti no.1 kami bukanlah pembaca pikiran. cakap baby...cakap....!!

17. Kalau kita berdua harus pergi ke suatu tempat, pakaian apapun yang kamu pakai,tetap sesuai. Betul, Jadi tidak ada alasan untuk tidak mahu pergi ke pesta karena tidak ada baju.

18. Jangan tanya apa yang kami pikir tentang sesuatu kecuali kamu memang mahu berbual tentang bola, game, billyard, memancing atau mungkin juga tentang teknik repair kereta.

19. Kami malas berdebat secara hati dan perasaan, ingat!! kami hanya pakai logik akal.

20. Terima kasih kerana sudi baca luahan hati ini.ye,saya akan tidur di sofa malam nanti


p/s: Luahan ni aku dapat daripada -->http://www.fcukz.co.cc/ .. banyak lagi fakta menarik yang korg bleh dapat daripada page yang aku link kan tu...enjoy ya..n kredit bintang kejora aku bagi pada owner page tersebut..mmg menarik...

Saturday, December 11, 2010

Yang Comel itu indah... (episod 2)


Entry sebelum ni aku ada cite kan tentang si comel Dandoard. Ternyata sangat comelkan?? Aku sangat suka ngan hasil karya Arielle Nadel-365 days of danboard..Untuk entry kali ni aku nk citekan tentang si comel SOULDOLL lak.

Aku tak sure org lelaki minat or tak, tapi yang pastinya naluri aku sebagai anak gadis sangat tertarik dengan Souldoll ni. Ada pelbagai karakter or jenis, mengikut paras rupa dan wajah. Souldoll bleh ditempah, sama ada dengan pakej bermake-up atau pun tidak. Kita juga bleh demand warna kulit yang kita suka. Pesrsoalannya sekarang, apakah itu Souldoll???

Souldoll merupakan anak patung yang agak 'canggih' ckit daripada Barbie. Kita bleh gaya kan patung ni dengan pelbagai fashion rambut, make up kan dia, dan menukar warna anak mata mengikut kesukaan kita. Kenapalah zaman kanak-kanak aku dulu takda patung camni. Kalau ada mesti aku merengek2 mintak dibelikan.











Yang Comel itu indah...

Comel kan???!!!

Tak sangka dari hanya kotak2 yang kecil, mampu hasil kan suatu seni yang indah. Sebenarnya kotak ini bukan sebarang kotak, kotak ini ada namanya.

'Danboard (ダンボー) is a cardboard box robot.' ...Untuk penerangan yang lebih lanjut korang boleh la klik kat url ni --> http://www.collectiondx.com/node/2107. Kalau korang tgk danboard ni masa dlm packing takda la menarik sangat untuk di miliki apa ntah lagi untuk di beli.


Tapi dengan kreativiti insan2 yang berseni..si muka petak yang berbadan kotak ni kelihatan begitu comel skali bila di hadapan lensa kamera. Ramai mamat2 n minah2 DSLR brminat utk jadikan danboard ni sebagai model amatur mereka. JOM kita layan beberapa hasil seni yang aku dapat dari Arielle Nadel dan juga Antong Tang.








Previous Post Next Post Back to Top