Sunday, March 21, 2010

Ya Rasulullah~

Entry kali ni aku ingin berkongsi sesuatu yang telah sekian lama aku cari. Rasanya nasyid ni dah lama publish.So bagi insan2 yang memang minat dgn genre nasyid mesti sudah familiar dgn nasyid yang aku ingin kongsikan ni..
Actually hati aku mula tertambat dengan lirik serta melodi nasyid ni sewaktu aku dalam perjalanan pulang dari pasar. Secara tak sengaja je pun, tetibe keta aku dapat channel IKIM (signal IKIM mmg susah nak dapat kat area png ni). Aku pun layan je la. Macam biasa bila dah bosan dengan Channel tu, jari-jemari aku pn gatal la nk ubah ke channel yang lebih HOT..heheh. Tapi tetiba hati aku tersentak, jari-jemari ku kaku seketika, jiwa aku menjadi sayu disaat nasyid ni mula ke udara.. Aku sendiri tak tahu kenapa, hati aku bagai di runtun pilu, terasa sayu sangat dengan cara penyampaian serta lirik nasyid ni. Hati aku betul2 terpanah dengan setiap butiran kata yang ada dalam lirik nasyid ni.
Tidak puas rasanya hanya mendengar sekali nasyid ni. Jadi aku pun memulakan modus eperandi aku, cuba mencari nasyid tersebut di internet untuk dimuat turun sebagai simpanan peribadi. Malangnya tak jumpa pun, coz aku tak tak tau langsung tentang tajuk n penyanyi nye. Lain yang dicari lain yang aku jumpa. Aku mula putus asa.
Selepas berbulan lama nya peristiwa ini berlalu, hati ku terpanggil semula untuk meneruskan pencarian. Akhirnya pencarian ku membuahkan hasil..
Sehingga hari ini, hati ku begitu terusik setiap kali aku mendengar dan menghayati bait2 yang terdapat dalam nasyid ni. Sangat menyentuh jiwa.. Lima bintang aku bagi kpd pencipta serta penyanyi nasyid ni.. Aku memang sangat2 suka.

Cuba hayati setiap bait2 lirik ni dengan mata hati:-

~YA RASULULLAH~

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Alangkah Indahn
Ya Hidup Ini
Andai Dapat Kukucup Tanganmu
Moga Mengalir Keberkatan Dalam Diriku
Untuk Mengikut Jejak Langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Kutatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah Indahn
Ya Hidup Ini
Andai Dapat Kudakap Dirimu
Tiada Kata
Yang Dapat aku Ucapkan
Han
Ya Tuhan Saja Yang Tahu

Kutahu Cintamu Kepada Umat
Umati Kutahu Bimbangn
Ya Kau Tentang Kami
S
Yafaatkan Kami
Alangkah Indahn
Ya Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu

Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah S
Yafaatmu

Saturday, February 13, 2010

aku Dan Kerjaya ku...

Terlalu lama rasanya aku tak menambah entry di blog ni..suram sunyi dan membisu seribu kata. Kesibukan yang melanda menyebabkan waktu 24 jam seolah2 tidak mencukupi buat diri ku..
Aku dan kerjaya.. Benarkah kata org kerjaya yang aku pilih merupakan kerjaya yang mudah?? Banyak cuti, banyak rehat..Benarkah jadi guru semudah yang meraka semua sangkakan?.. Kerjaya guru kerap kali di pandang 'lekeh' @ pandang remeh..Aku tidak berhak menafikan tetapi tidak juga mengiyakan. Setiap individu berhak untuk membuat sebarang spekulasi dan memberi pendapat.

Bagi aku selepas aku mula terjebak dalam profesion perguruan ni, dapat ku rasakan kerjaya sebagai seorang guru tak semudah yang disangka. Aku bukan saja bertugas untuk menyampaikan ilmu, bahkan lebih daripada itu. Aku perlu menjadi ibu kepada berpuluh2 anak remaja. Amanah yang diserahkan oleh ibu bapa mereka perlu di galas dengan penuh ikhlas. Pelbagai pengorbanan perlu di lakukan demi memastikan semua anak didik menjadi insan yang berguna kelak.Wang ringgit, tenaga dan keringat, masa dan waktu..semuanya dicurahkan tanpa meminta sebarang balasan.

Orang lain kerja lebih masa dibayar gaji, tetapi guru tidak.Guru perlu ikhlas dalam kerjaya nya..guru jarang mendapat hak yang sewajarnya.Kadang kala bukan sahaja perlu berdepan dengan kerenah pelajar yang pelbagai tetapi juga kerenah ibu bapa yang selalu mempertikaikan setiap tindakan yang di ambil oleh guru. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak kadang kala memberi impak yang sangat besar dalam urusan persekolahan. Anak susah di bentuk kerana ada campur tangan pihak luar. Guru tiada kebebasan dalam membuat sebarang tindakan. Tiada akta yang dapat membela nasib seorang guru. Kaki tangan kami terikat, kata-kata kami tersekat, bagaimana ingin membentuk jika setiap langkah yang di ambil ada saja yang ingin memprotes.

Atas sebab situasi semacam ini lah wujudnya spesis2 pelajar yang mula naik 'tocang' dan besar kepala. Oleh sebab itu lah kes2 pelajar memukul guru sering terpampang di dada akhbar sekarang. Jika guru memukul pelajar akan didakwa. Tetapi bagaimana pula dengan kes pelajar memukul guru? Kenapa tiada seorang guru pun mendakwa pelajar tersebut dimahkamah? apabila pelajar diherdik oleh guru, guru di templak dan dikatakan tidak mempunyai nilai moral yang baik??masuk surat khabar, kadang2 siap jadi cover lagi.. bagaimana pula dengan pelajar yang mengeluarkan kata2 kesat kepada guru?bagaimana pula dengan pelajar yang bersikap biadap dengan guru??kenapa tiada seorang guru pun yang menyebarkan kes ni kepada mana2 surat khabar?? SEmuannya kerana guru perlu "IKHLAS" dalam tugasnya. Guru perlu ada kesabaran..Kata orang guru kena terima semua ini, kerana guru adalah lilin yang membakar diri demi menerangi hidup org lain..

Tuesday, December 22, 2009

Mengapa Manusia LEMAH???









Mengapa semua ini harus terjadi??Mengapa manusia terlalu lemah??
Mengapa manusia mudah benar terjebak n terjatuh dalam kancah kehinaan yang penuh dengan dosa??Adakah kerana factor persekitaran ??atau kerana pengaruh orang di sekeling?? Atau sebenarnya ia merupakan kehendak hati kita sendiri….??
Mengapa kita kerap kali membenarkan ianya terjadi dan terus terjadi sedangkan hakikatnya kita tahu ia merupakan suatu kesalahan yang mungkin akhirnya akan memakan diri kita sendiri. Mengapa mesti kita merelakan diri dan hati kita digelapkan oleh sesuatu yang terlarang..Tidak takutkah kita dengan balasan yang bakal diterima nanti???Mengapa manusia terlalu lemah dengan hasutan syaitan??mengapa mudah benar kita termakan dengan godaan syaitan???Adakah manusia sudah semakin hilang kewarasan akal fikiran, sehingga dengan mudahnya terpengaruh dengan hasutan yang bakal membawa kita kepada kehancuran…Mengapa manusia terlalu lemah???…Ya Tuhan..lindungilah aku, dampingilah aku, agar aku mampu menepis segala godaan yang datang serta menangkis segala hasutan yang boleh menyesatkan dan menghancurkan ku...

Saturday, December 19, 2009

Amarah Seorang Pemuda..

Dah lama rasaya tak publish entry yang baru utuk blog ni..Sejak hari pertama melapor diri sebagai guru, aku dah banyak mengurangkan aktiviti 'bermesra' aku dgn PC..Masa2 yang berlalu terasa begitu pantas sekali..tempoh 24 jam terasa macam tidak mencukupi buat aku...

Berbalik kepada entry yang ingin aku kongsikan kali ini, adalah berkenaan dengan satu kisah yang aku perolehi daripada seorg rakan ku juga melalui buletin tagged..mari lah kita sama2 hayati n selami msg yang ingin disampaikan dalam cerita ni..Moga crita ni sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran yang berguna wat semua insan yang membaca...


AMARAH SEORANG PEMUDA


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja..Bukan sahaja sahabatnya bahkan org sekeliling turut dihentam nya jika ada yang tidak kena.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara itu kepada bapanya dengan bangga. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.. Begitulah juga bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti lubang di tembok batu ini. Tidak kisahla berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Anakku ingatlah, luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Wahai anakku yang disayangi , sahabatmu adalah permata yang sukar dicari.

Pemuda itu terus menitiskan air mata keinsafan selepas mendengar kata2 daripada ayahnya..permuda tersebut begitu menyesali atas segala keterlanjuran yang telah di lakukannya.. Baru ia sedar betapa ramai yang terluka akibat daripada amarah nya yang tidak terkawal...


*best kan cite ni...hmm so di kesempatan ni kepada sahabat2 ku di luar sana...

"Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati mu."


Previous Post Next Post Back to Top