Wednesday, July 29, 2009
LaHirNya SeOraNg InSAn....
Posted by gurlz_meowth at 10:58 PM 0 comments
Tanggal 30 Jun 2009 pada pkul 9.01(klu aku tak salah tgk) Nur Dayana Batrisya telah selamat dilahirkan dimuka bumi ni dengan berat 3.01 kg. Semua ahli keluarga aku ada di hospital untuk meraikan kelahiran insan kecil ni. Dan aku...macam biasala berada n tertinggal di rumah untuk menguruskan rumah dan membuat persediaan untuk 'ibu dan anak' yang bakal pulang berpantang dirumah aku nanti. Di saat org lain seronok menatap muke baby yang baru lahir, aku lak sibuk kemas kan baju2 baby, rendam botol2 baby dalam air panas, siapkan tilam yang bersih utuk kakak aku,mop lantai dengan dettol.. Kata mak aku, semuanya mesti di pastikan bersih daripada bakteria. Penat siot, umah aku dah la bertingkat2..
Tapi semua kepenatan aku seolah2 terbayar bila melihat muke 'baby' yang suci murni masuk ke rumah. Tangisan 'baby' ibarat nyanyian yang menenangkan (masa hari pertama je la..skang tak dah..heheh). Indah betul ciptaan tuhan..Terasa macam baru semalam 'baby' tu terkurung dalam perut n skang die dah ade depan mate aku. Jari jemari yang kecil, tapak kaki yang bergerak perlahan, mata dan mulut yang comel, semuanya terasa sungguh mengasyikkan. Ni yang buat aku terasa nak ada anak sendiri lak ni..
So ape lagi..'baby' dah ade, akak aku lak masuk musim berpantang,dan aku mendapat duty baru..Bangun seawal pagi, tlong mak buat nasi lemak. Selepas subuh bakar 'batu tuku' utk akak aku..Tujuannya utk mengempiskan perut akak aku yang dah jadi macam agar2 kembang. Bancuh ubat herba untuk disapukan pada satu badan akak aku, dan seterusnya di sudahi dengan sesi barut iaitu sesi mengikat perut dengan bengkung yang dibuat khas..Oh lupa ade lagi satu, sarungkan stokin kat kaki akak aku. Tempoh awl2 ni akak aku takleh tunduk2 kan badan,bergerak banyak pun tak bleh, sbb bahagian 'tutt' kena jahit..Ntahla sakit sangat kot..Macam terseksa je aku tgk die nak bergerak.
Tuesday, July 28, 2009
Puisi malam...
Posted by gurlz_meowth at 4:08 AM 0 comments
Di malam yang dingin,

Ku lihat bulan tersenyum pada ku,
Bintang-bintang mngerdip riang,
Dedaun pohonan meliuk lentuk dek mainan angin malam..
Namun keindahan malam ini,
Tidak bisa menenangkan gelodak hatiku,
Aku jadi tak keruan,
Minda ku kusut,
Jiwa ku kelam,
Hati ku bagai ditusuk sembilu,
Merintih sayu tak siapa yang tahu,
Oh bulan, pujuk la hatiku,
Oh angin, bawalah kesedihan ku ini pergi,
Wahai bintang-bintang bisakah kau merawat hatiku?
Wahai dedaun yang melambai,
Dengarlah kesedihan ku ini..
Aku ingin bahagia..
Aku ingin damai..sedamai malam yang menyapa ku…
Perkongsian bersama...
Posted by gurlz_meowth at 12:00 AM 0 comments
dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 
Tuesday, June 16, 2009
'YoU' tooK my Heart...
Posted by gurlz_meowth at 11:33 PM 4 comments
Oh no..ape dah jadi dengan aku skang..adakah benar hati ku telah di curi??Setiap putaran waktu, mengingatkan aku pada nye..tekenang-kenang dan termimpi-mimpi saat ku bersamanye .. sehingga sukar untuk ku melelapkan mata...kini ku benar-benar menjadi tidak keruan. Naluri hatiku menyatakan bahawa ku ingin bersama nye disetiap mase dan ketika..Tidak ku sanggup berjauhan daripada nye..
Teringat di saat awl perkenalan kite. Jujur ku nyatakan bahawa pada masa itu,aku langsung tidak berminat untuk memandang mu apa ntah lagi mengenali mu. Namun benarlah kata pujangga, 'tak kenal maka tak cinta'..
Hatiku mula memberontak utk mengetahui, apakah keistimewaan yang ade pada diri mu sehinggakan kau menjadi tumpuan dan buah mulut org ramai. Aku juga tertanya-tanya kenapa mereka amat meminati diri mu??
Kini setelah sepurnama aku mengenalimu..baru ku tahu kau begitu istimewa. Kau telah menghiburkan hatiku. Kau jua telah mengisi kekosongan dalam hidupku... Hatiku kini benar-benar telah jatuh cinta pada mu..
Huh lega rasanye wat luahan hati kat sini..Nak tau sape yang berjaya curi hati aku ni.. Mafia Wars..hahahah.. aku addict gila ngan game ni skang..Pendek kate, pantang ade mase terluang je mesti layan game ni. BEST siot.. Ade bodyguard, ade mastermind..bleh komplot ngan org seluruh dunia untuk attack org lain..Kalau aku dalam kesusahan ahli2 keluarga mafia aku sentiasa je bersedia membantu..Walaupun kiteorang sume berjauhan, tetapi sentiasa dekat dihati..











