Wednesday, September 30, 2009
Baby BatriSya maKIn GeMokZ..
Posted by gurlz_meowth at 11:05 PM 4 comments
Entry kali ni sj je aku nak update kan skit perkembangan anak sedara aku yang pernah aku ceritakan pada entry yang terdahulu..
Alahamdulillah makin hari makin bertambah sihat anak sedara aku ni. Mase umo menjangkau sebulan berat die 3kg lebih. Masuk je umo dua bulan berat die 4.8kg. Hari ni genap umo die 3 bulan, berat yang berjaya dicatat ialah 6.8 kg..heheheh..
Memang sangat berat.. Daripada saiz mate agak besar daripada aku, skang saiz mate dah jadi lebih kecik daripada aku. Bentuk leher sudah tidak kelihatan lagi. Yang jelas kelihatan hanya lah sebiji kepala yang mengandungi pipi yang kembung dan bentuk badan yang bulat. Kemana hilang nye leher Baby Batrisya?? sudah tentu telah tenggelam dalam isi2 yang ada.heheh..
Kat bawah ni aku sertakan sorotan 'perkembangan' yang telah berlaku.
1 bulan lebih
2 bulan
2 bulan lebih
Monday, September 28, 2009
RiAnG RiA di HaRi Raya....
Posted by gurlz_meowth at 11:40 AM 0 comments
Tiada apa yang indah selain dapat bersama dengan insan2 yang jauh dimata tatkala Raya menjelma. Macamtu gak la dengan aku. Raya pertama aku, seperti kebiasaan org lain, spent time dengan ahli keluarga dan sanak saudara. Sesi bermaafan bermula sebaik sahaja pulang dari menunaikan solat sunat hari raya. Baik perempuan mahupun lelaki semuanya menjatuhkan ego memohon kemaafan daripada ayah dan bonda, pakcik dan mak cik, datuk dan nenek serta cucu dan cicit.
Hari yang seterusnya, jadual aku banyak terisi dengan sesi beraya di rumah kawan2. Waktu macam ni la perlu di 'grab' aku n kawan2 untuk bertemu , bergosip serta betukar cerita selepas sekian lama tdk bersua kerna masing2 sibuk dengan tugasan masing2.
Hampir setiap hari sepanjang 1minggu raya, kami berjumpa dan bersua. Entah bila lagi dapat bersama berkongsi suka duka semacam saat ni... Kata org semakin kita meningkat dewasa semakin kurang masa kita dengan rakan2. Almaklumlah masing2 nanti akan ke next level(kawen n ada famili)..so fokus pn mesti ke arah famili masing2. Mungkin raya akan datang tak semeriah tahun ni, tapi aku nak korang suma tau, kehadiran korang di setiap kali raya menjelma telah membuat kan 'hari raya' ku menjadi riang gembira'.

Trip tgk wayang di hari raya ke-5
Saturday, September 12, 2009
Special wish for RaYa..
Posted by gurlz_meowth at 4:59 AM 2 comments
Ade member send wish ni kat aku..Cam best lak nak share ngan korang sume..
Friday, September 11, 2009
Aku dan Biskut Raya..
Posted by gurlz_meowth at 1:31 PM 6 comments
Di saat penghujung Ramadhan ni ramai yang dah mula menyibukkan diri dengan segala jenis persiapan untuk menyambut raya nanti. Jahit kain langsir, beli baju raya, ade juga yang sibuk membuat biskut raya. Macam tu gak la ngan aku. Hari2 dikerah untuk menyiapkan biskut raya. Kadang2 seronok n rase puas bile tengok hasil kerja sendiri. Tapi bile dah kena wat banyk2 mula la jari jemari aku mengadu letih. Masuk hari ni dah 10 jenis biskut yang berjaya aku n mak aku siapkan. Petang nanti bleh la mula hantarkan kat org2 yang menempah. Tak banyak pun tempahan tahun ni jika nak dibanding kan dengan tahun2 yang terdahulu. Lagi pn 'kaki tangan' tak cukup, mak pn dah tak brape minat nak truskan ape yang die usahakan slama ni. Faktor usia akan menyebabkan seseorang tu bosan dengan rutin yang die jalankan selama ni. Camtu gak la rasanye dengan mak aku.
Teringat lak waktu zaman aku kecik2 dulu. Zaman di mana mak bergiat aktif dengan pembuatan biskut raya. Tempahan mencecah puluhan ribu. Dari kelantan, kedah, perak dan merata lagi la...masuk je seminggu lebih puasa mak n pkerjanya dah mula sibuk menyiapkan tempahan. Masa tu aku hanya menjadi pemerhati. Maklumlah aku kecik lagi mase tu, klu aku tlong alamatnye cacat la biskut mak aku tu. Masuk je minggu ketiga tempahan suma dah siap di 'packing'. Rumah aku yang tak sebesar mane mase tu dipenuhi dengan biskut raya, sampaikan nak berbuka puase terpaksa pandai2 cari 'port' makan masing2. Nasi n lauk lak diletakkan atas biskut2 raya yang siap di 'packing'. Padat gile la umah aku mase tu. Nak jalan ke dapur pn kne melalui celah2 susunan biskut yang di 'packing'. Terasa macam berada di rumah yang di perbuat daripada biskut raya lak...hahahha...
Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan indah yang sentiasa terpahat dalam memori hidupku. Kenangan tu telah mengajar aku untuk lebih menghargai pengorbanan seorang ibu. Mak bertungkus lumus menyiapkan tempahan yang banyak tanpa bersungut sedikit pun demi mencari duit poket wat membantu abah menguruskan keluarga. Ye la gaji abah mase tu tak sebanyak macam sekarang ni.
Sekarang kami adik beradik pun dah meningkat dewasa. Gaji abah pn dah bertmbah baik even tak la banyak sgt, tapi better la dari dulu.Pendek kata ekonomi keluarga dah makin ok. So mak pn tak perlu lagi bersusah payah mengerah keringat. Pembuatan Biskut raya bukan lagi menjadi sumber pendapatan yang dinanti, tapi lebih kepada minat dan sekadar hobi. Tempahan yang diperolehi hanya daripada pelanggan tetap, yang tak jemu2 buat tempahan setiap kali tibanya musim raya.
Hasil 'air tangan' aku tahun ni
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)












